Gemar menggabungkan inspirasi baharu bagi memastikan rekaannya tampak terkini.

TIDAK peduli dengan apa tanggapan orang terhadap pakaian rekaannya. Bagi pereka feayen Anuar Faizal, dia mempunyai misi tersendiri setiap kali melancarkan koleksi pakaian bila menjelang musim perayaan.

Dalam kalangan pereka fesyen tempatan, Faizal cukup dikenali kerana sering mereka pakaian sedia ada kepada yang di luar jangkaan.

Menurut Faizal, dia adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa mahu menghasilkan rekaan yang terkini agar tidak bosan dilihat.

“Saya sentiasa terbuka. Kalau nak kritik biarlah kritikan membina. Kalau nak kutuk-kutuk tu tak perlu rasnya, kita perlu lebih terbuka dan perlu menghargai anak seni berkarya.

Gabungan Spanish Matador dan Tango, antara rekaan Anuar.

“Saya sentiasa memggalakkan perkara itu kerana kat luar sana kita nampak pakaian  kot diterima ramai. Baju Cheongsam, Sari orang pakai tapi kenapa baju Melayu kita takut nak bagi orang luar pakai.

“Jadi benda itu kena sentiasa di luar kotak dan inovasi supaya lebih ramai memakai dan menghargai baju Melayu kita.

“Saya harap dapat perhatian orang ramai kerana designer tempatan tak kering idea untuk memodenkan baju Melayu agar ia sentiasa meriah sepanjang tahun. Kalau tak asyik sama saja, kita nak orang luar nampak kita masih mampu berkreatif,” jelas Anuar tentang misinya dalam memartabatkan baju Melayu khususnya baju lelaki.

Justeru itu, sempena koleksi raya tahun ini, Anuar mereka pakaian berdasarkan pemerhatiannya setiap kali pergi melancong ke luar negara.

Setiap rekaan Anuar pasti ada olahan baharu agar orang tidak bosan untuk memakainya.

“Untuk acara hari ini, sebanyak  23 rekaan baju diperagakan sempena tahun 2023. Ini adalah  rekaan untuk Aidilfitri dan sepanjang tahun.

“Kita nak galakkan orang pakai baju Melayu dan kebaya di luar daripada hari perayaan. Jadi kita olah sikit supaya nampak elemen internasional. Boleh dipakai setiap Jumaat atau pergi majlis atau annual dinner.

“Saya ambil inspirasi daripada Spanish Matador dan Tango kerana saya suka tengok dancing act. Saya rasa nak gabung elemen fesyen dengan arts dan dance untuk design tahun ini.

Anuar mahu rekaannya dipakai oleh sesiapa saja tanpa mengira saiz.

“Ilham daripada travel sebab saya suka melancong. Baru-baru ni saya ke Vietnam dan tengok satu show dan saya dapat inspirasi daripada situ,” katanya.

Akui Anuar, dia sedar masyarakat Melayu cukup sensitif kalau melibatkan budaya, namun dia enggan membiarkan kreativitinya terkongkong.

“Saya tahu orang Melayu ni sensitif dengan budaya kita sendiri kerana kita membesar dengan budaya ini. Tapi sekarang ini zaman dah berubah kerana apa saja ada di internet.

“Sudah tiba masa untuk kita berfikiran terbuka dan menerima yang baju Melayu ini adalah untuk semua. Saya ada misi saya sendiri iaitu mahu memartabatkan baju Melayu ini ke peringkat global sebab kita belum sampai ke satu tahap di mana Mat Salih eager nak datang Malaysia sebab nak miliki baju Melayu. Setakat ini belum ada lagi.

Anuar Faizal mahu orang luar berkunjung ke Malaysia untuk menempah baju Melayu sebagai daya tarikan.

“Macam saya selalu travel ke Bangkok untuk buat sut dan kot. Belum ada orang melancong ke Malaysia untuk buat baju Melayu. Itu saya punya misi jangka panjang. Kita dikenali dengan baju Melayu, orang luar berebut datang sini nak tempah baju Melayu,” kata Nuar tentang perancangan masa depannya.

Untuk raya tahun ini sudah ada tempahan dan pihaknya juga telah hantar katalog kepada pelanggan tetap.

“Saya utamakan regular client, kalau ada client baharu yang nak tempah sehelai dua masih boleh terima.

“Sebenarnya, agak kompetitif juga untuk buat pakaian ready to wear (RTW) sebab harga di pasaran pun is a good price. Saya tengok designer lain pun bagi harga RM199, RM299 dan kualiti bagus.

“Saya tak nak ke arah itu dulu, mungkin dalam tempoh dua tiga tahun akan datang bila market dah stabil balik baru kita buat RTW.

“Untuk rekaan raya rahun ini, saya guna kain yang stretchtable, jadi semua orang yang bersaiz besar pun boleh pakai. Material kita banyak guna jersey yang high kualiti yang tebal,” terangnya.

— BebasNews

Leave a Reply