Azhari

SHAH ALAM — Datuk Azhari Shaari kekal menjadi Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Azhari Shaari setelah berjaya menewaskan dua pencabarnya.

Azhari memperolehi sebanyak 346 undi dengan menewaskan bekas Ketua Pemuda bahagian itu, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop dan seorang ahli UMNO, Zamri Shaari.

Menurut Azhari, pemilihan tersebut dianggap amat mencabar buat dirinya sepanjang bergelumang dengan dunia politik.

“Biarpun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran kali ini, saya nekad mahu terus berjuang demi UMNO.

“Alhamdulilah, kekukuhan jentera dan sokongan semua memberi kemenangan paling bermakna kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman rasmi keputusan pemilihan bahagian tersebut awal pagi tadi.

Mengulas mengenai cabaran semasa, beliau akan memfokuskan usaha membangkitkan semula parti keramat itu dan bekerja dengan semua akar umbi.

“Tidak semua menang dan tidak semua kalah. Kita kerja bersama-sama demi bangsa, agama dan negara,” katanya.

— BebasNews

Leave a Reply