Jho Low - Foto via Blogspot

PETALING JAYA — Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China, menurut pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope.

“China mengawal Jho Low dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangkap dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirkan,” katanya menurut portal berita FMT.

Hope berkata, daripada aset risikan, Jho Low yang juga individu yang paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi liabiliti selepas Najib Razak disingkirkan pada PRU 2018.

Semalam, Al Jazeera melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Jho Low dipercayai “bersembunyi” di Macau.

Leave a Reply