PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengeluarkan satu kenyataan media ‘PPIM hantar memorandum bantahan ke Istana Negara’.

PPIM menyerahkan memorandum bantahan terhadap World Health Organization Convention Agreement (WHO CA+) dan pindaan International Health Regulations 2005 (IHR2005) kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ji Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

KENYATAAN MEDIA PPIM —

PPIM HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN KE ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum bantahan terhadap World Health Organization Convention Agreement (WHO CA+) dan pindaan International Health Regulations 2005 (IHR2005) kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ji Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

PPIM mendakwa WHO CA+ dan IHR2005 adalah perjanjian antarabangsa yang menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM mewakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk kumpulan pengamal perubatan kesihatan dan beberapa peguam turut mengutuskan surat terbuka kepada Al-Sultan Abdullah.

“Surat ini merupakan memorandum rakyat membantah Pandemik Triti WHO CA+ dan Pindaan IHR2005. Tempoh masa penolakan (rejection period) adalah sehingga 1 Disember 2023,” katanya.

Menurut Nadzim, antara ancaman-ancaman yang dikenalpasti adalah perjanjian tersebut mengubah definisi ‘standing recommendation’ dan ‘temporary recommendation’ daripada ‘non binding’ kepada ‘binding’.

“Perjanjian itu juga akan menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya melibatkan risiko kesihatan awam malah, ia memansuhkan perkataan ‘with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedom of person’, yang menjadi asas kepada Hak Asasi Manusia,” katanya.

Tambah beliau, Pengarah WHO turut diberikan kuasa mengisytiharkan Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) termasuk yang berpotensi menjadi PHEIC tanpa input bebas daripada pakar kesihatan awam dari State Party atau pakar perubatan profesional.

“Pindaan IHR2005 boleh mengambil alih kuasa dan fungsi Yang Di-Pertuan Agong dalam pengisytiharan darurat terutamanya Artikel 150 [2A] Perlembagaan Persekutuan termasuk berpotensi mengambil alih atau melucutkan serta mengurangkan kuasa dan budi bicara Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua utama Negara dalam menjaga kedaulatan negara Malaysia.

Pindaan IHR2005 ini jika tidak dibantah merupakan perlanggaran kepada Perlembagaan Negara meliputi Hak Asasi Kebebasan Rakyat, Kedaulatan Negara, Kedaulatan Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong akan terancam,” katanya.

Nadzim menegaskan demi menyelamatkan kedaulatan negara, Malaysia wajib menolak
pindaan IHR2005 dan keluar dari WHO.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Adi).
Terima Kasih.

Sumber — Persatuan Pengguna Islam Malaysia / YouTube Channel Minaq Jinggo

— BebasNews

Leave a Reply