ROMBAKAN Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar atas, kanan) hari ini menyaksikan pengguguran Menteri Sumber Manusia, M. Sivakumar daripada Kabinet baharu di samping dua Timbalan Menteri, Ramkarpal Singh Karpal Singh (Jabatan Perdana Menteri – Hal-ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi).

Steven Sim Chee Keong yang pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) 2018-2020, kali ini dinaikkan sebagai Menteri Sumber Manusia baharu.

Anwar dalam sidang media pengumuman barisan baharu Kabinet itu di Putrajaya, hari ini, berkata, “saya harap kalau keadaan prestasi baik, memuaskan dan tiada tekanan atau masalah baharu seperti digital, saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan untuk kami teruskan rencana empat tahun akan datang sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kami sepakat bagi Kementerian Kewangan selain diketuai saya, perlu ada pasukan profesional yang kuat memastikan kami di landasan betul dan fokus kepada ekonomi tidak terjejas dengan tekanan politik.

“(Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) telah menunjukkan cukup kecekapan dan kemampuan, menguruskan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif) dalam cara yang mengagumkan dan memuaskan (sebelum ini),” katanya mengenai pelantikan Menteri Kewangan Kedua itu yang juga muka baharu Kabinet.

AMIR HAMZAH AZIZAN

Anwar menambah, pemotongan 20 peratus gaji menteri-menteri diteruskan dalam Kabinet baharu ini melainkan Perdana Menteri kerana jawatan itu tidak bergaji.

Mengenai pemecahan dua Kementerian Komunikasi dan Digital katanya, “komunikasi dalam media sosial juga satu cabaran.

“Kritikan yang ditujukan kepada kerajaan di sebalik ada dasar yang mengagumkan, pengagihan dan penyebaran komunikasi tidak efektif dan tidak memuaskan serta tidak fokus.

“Isu transformasi digital menjadi fokus utama kerajaan ini yang perlu dikendalikan dengan tepat kerana tugasnya mencabar dengan perubahan dan kepentingan baharu AI (kecerdasan buatan) dan meningkatkan kefahaman pelajar,” katanya.

Mengenai kemasukan semula Datuk Seri Dr. Dzulkely Ahmad (gambar kiri) sebagai Menteri Kesihatan seperti ketika Kabinet PH katanya, “pengalamannya diperlukan. Saya percaya dia boleh berikan fokus yang lebih kukuh (kerana) Kementerian Kesihatan juga terbeban dengan banyak masalah, sebahagiannya diwarisi dan sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat ke arah mutu kesihatan yang lebih baik.”

M. SIVAKUMAR

Lima menteri yang bertukar kementerian ialah Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dari Kementerian Pertahanan ke Luar Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pendidikan Tinggi ke Pertahanan), Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir (Luar Negeri ke Pendidikan Tinggi), Dr. Zaliha Mustafa (Kesihatan ke Jabatan Perdana Menteri – Wilayah Persekutuan), Datuk Armizan Mohd. Ali (Jabatan Perdana Menteri – Hal-ehwal Sarawak/Sabah dan Tugas-tugas Khas ke Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).

Selain Komunikasi dan Digital, pemecahan dan pewujudan kementerian baharu juga dilakukan iaitu Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berbanding sebelum ini di bawah Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

KABINET BAHARU MALAYSIA 12 DISEMBER 2023

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma): Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Rubiah Wang

Timbalan Perdana Menteri II: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Hal-ehwal Sarawak/Sabah: Datuk Seri Fadillah Yusof  

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd. Nasir

Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri Kewangan II: Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Yin

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Hasbi Habibollah

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Mohamad Sabu

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Utama Mohamad Hasan

Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): M. Kulasegaran

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick

Timbalan Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ramanan Ramakrishnan

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha Mohd. Yunus Sakmud

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan

Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Woh

Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Dagang

Timbalan Menteri Perpaduan: Saraswathy Kandasami

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-ehwal Agama): Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-ehwal Agama): Senator Prof. Zulkifli Hasan

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd. Halim

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr. Zaliha Mustafa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd. Ali

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh

Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukanisman Awang Sauni

Menteri Digital: Gobind Singh Deo

Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Kumbong

Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. – BebasNews

Leave a Reply