Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

SAYA merasa teruja mendengar amanat tahun baru Naib Canselor Universiti Malaya, Dato Seri Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman di Universiti Malaya pada 19 Februari 2024 yang lalu.

Saya melihat beliau melangkah ke dalam Dewan Tunku Canselor dengan keyakinan dan semangat persis seorang pemimpin, di tengah-tengah tepukan gemuruh hadirin.

Noor Azuan berhasrat untuk membina Universiti Malaya menuju keterbilangan melalui kepintaran dan sikap berani meneroka stafnya bagi mencapai kecemerlangan.

Inilah yang ingin diterapkan oleh Naib Canselor itu dalam amanatnya: Home of the Bright, Land of the Brave.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Naib Canselor Universiti Malaya.

Untuk mencapai hasrat itu Noor Azuan dan pasukan telah merangka:

Tiga Landasan :(Pememasyarakatan, Pemeindustrian, Pengantarabangsaan UM);

Lima Pelan Tindakan:
(Struktur dan Sistem, Bakat dan Modal Insan, Ilmu, Penyelidikan, Keutuhan Kewangan, Piawai Taraf Global, Kesedian Masa Depan, Kemanusiaan, Teknologi Baru, Transisi Sains).

Sepuluh Tujahan:
(Tenaga Nuklear, Makanan, Semi Konduktor dan Cip, Nanoteknologi dan Quantum, AI dan Robotik, Sains Angkasa, Pertahanan dan Sekuriti, Galian, Kesihatan, Sains Sosial, Ekonomi, Undang-Undang, Geopolitik).

Tiga Fasa Peralihan:

1. Percambahan Bakat dan Modal Insan, Nilai, Kebolehpercayaan, Halatuju, Teknologi, Ilmu, Sumber.

2. Kreasi Ilmu, Sinergi minda dan mesin,
Kecerdasan minda dan Teknologi, Kajian pembelajaran dan tujuan.

3. Kepimpinan, Pemetaan Polisi dan eksikusi, Penilaian Perubahan, Menggembeling
Kekuatan dengan Sumber,
Basmi Sikap silo, sabotaj dan dengki, menjadikan minda progresif).

50 Sasaran Tindakan:

Fleksibiliti dalam proses dan keputusan, kemajuan staf atas merit, pastikan Jabatan faham Visi dan Misi UM.

Noor Azuan mengharapkan staf UM akan bersemangat untuk bersamanya menaikkan nama UM melalui perancangan yang telah beliau lakarkan itu. Makanya beliau meluncurkan Penyataan:

HOME OF THE BRIGHT, LAND OF THE BRAVE
yang mengimpikan supaya staf UM menjadi pintar dalam berfikir, membuat keputusan, pengurusan, mengendalikan sistem, proses, pelaburan, penjanaan dan selainnya.

Juga berani melakukan perubahan, membuat perubahan, mengkritik, mencuba, bersuara, mempelopor dan selainnya.

Pada hari perutusan tahun baharunya, Noor Azuan baru saja melepasi 100 hari perkhidmatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya.

Dalam tempoh 100 hari perkhidmatannya itu, Noor Azuan telah membuat hubungan rapat dengan 15 universiti di Jepun, China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Beliau juga telah menjaring hubungan dengan duta-duta atau wakil-wakil luar negara yang tinggal di Malaysia seperti duta USA, Korea, China, Turkmenistan, Saudi Arabia, Libya, Kazakhstan, Australia, Oman, Sudan antara lain.

Ini adalah petanda yang beliau serius denga hasrat pengantarabangsaan.

“Kita tidak boleh leka, dan proses kerja mesti berdasarkan action-oriented and outcome-based approach. Kita tidak boleh lagi terperangkap dalam kepompong lama, mentaliti dan cara kerja yang mediocre. Era dunia baharu dengan cabaran geopolitik dan ekonomi serta transformasi demografi memerlukan perubahan yang sejajar dengan pendekatan dan mentaliti modal insan.”

Sama-samalah kita saksikan prestasi Universiti Malaya di bawah pimpinan Naib Canselor baru ini, bersama pasukannya.

Suka saya dedikasikan sebuah puisi untuknya, mengenai betapa pentingnya kerja berpasukan:

Binalah “Melaka” kita ini
dengan Tun Perak bijaksana.
Hang Tuah yang setia.
Jebat yang berbara.
Kasturi Lekir Lekiu yang sekata.

Bukankah
Kejayaan puncanya bijaksana?
Kukuh tiangnya setia?
Bara penghindar leka?
dan sekata untuk mara ?
(Hashim Yaacob)

— BebasNews

Leave a Reply