Foto: The Palestine Chronicle.

SAJAK —

Panggilan Dari Palestin

Apa yang betul itu betul
apa yang benar itu benar
apa yang salah tetap salah
lalu sokongan kepada perjuangan
umat Islam di Palestin
bukan sokongan asabiah
berasaskan kepada sentimen.

Banyak perlu dimuhasabahkan
dan dibetulkan secara yakin
syarat untuk kemenangan
di bumi Palestin
harus belajar dengan mantap
orang Islam mesti memiliki kualiti
sebagaimana masuk ke masjid
buat pertama kali
pada suatu ketika dahulu
generasi yang dididik
oleh Nabi.

Telah nyatalah kerosakan
di daratan dan di lautan
disebabkan oleh apa yang dilakukan
oleh tangan manusia sendiri
dan musibah yang menimpa
bertujuan untuk Allah kenakan
sedikit daripada akibat kesalahan
dan kelemahan sendiri
supaya dengan kesakitan
dan penderitaan yang dialami
pada bencana yang berlaku
mudahan kembali
panggilan untuk Muslim seluruhnya
dari Palestin
kembali kepada Islam.

— BebasNews

Leave a Reply