ISHAM JALIL on Facebook

Semalam cukai SST naik 8%. Dan dalam masa terdekat tahun ini banyak lagi cukai-cukai akan dinaikkan dan cukai-cukai baru diperkenalkan oleh kerajaan.

Rakyat dipaksa bayar lebih cukai, dan kos sara hidup dan harga barangan semakin meningkat. Nilai ringgit jatuh teruk maksudnya kuasa beli rakyat pun menurun.

Kelmarin saya terserempak dengan penjawat-penjawat awam di Putrajaya, mereka kata kerajaan beri bonus RM2,000, tetapi lepas itu kerajaan ambil balik kerana semua kena bayar SST yang naik. Semua orang terkesan dengan kenaikan ini.

SST ini adalah sistem cukai bermasalah yang amat membebankan rakyat. Ia adalah sistem cukai berganda atau “tax-on-tax” dalam sistem rantaian jualan barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada penjual akhir.

Cukai-cukai dalam rantaian pengeluaran ini semuanya akan dipindahkan dan ditanggung oleh rakyat. Dan tidak seperti GST, dalam sistem SST cukai-cukai dalam rantaian ini tidak boleh di-claim semula daripada kerajaan.

Inilah sebabnya apabila SST naik 2% dari 6% ke 8%, harga jualan barangan dan perkhidmatan naik melambung tinggi, ada laporan akhbar menyatakan harga jualan barangan runcit telah naik 15% dan kadar hotel pun naik sehingga 30%.

Dan SST juga terbuka kepada banyak ketirisan dan penipuan cukai. Wang cukai yang dibayar oleh pengguna kepada penjual tidak semuanya sampai kepada kerajaan. Taukey-taukey yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga atas alasan SST naik, tetapi hasil cukai ini tiris dengan manipulasi akaun.

Sebab itu sebelum ini kerajaan boleh kutip lebih RM40 billion dengan 6% GST tetapi hanya kutip RM20 billion pada kadar SST yang lebih tinggi sehingga 11%. RM20 billion ini hilang ke pasaran gelap.

Lebih RM20 billion tiris dan hilang ke pasaran gelap ini adalah kerana dengan SST taukey-taukey ini boleh lari dari bayar cukai walaupun pengguna sudah bayar kepada mereka. Dengan GST mereka tidak boleh lari. Sebab itu mereka suka SST dan benci GST.

Dan mereka menggunakan ahli-ahli politik mereka untuk batal GST dan perkenal SST semula. Dengan SST dan dalam pasaran gelap, lebih senang dan lebih banyak banyak peluang sakau untuk ahli-ahli politik kepunyaan taukey-taukey ini. Dengan SST rakyat lebih terbeban dan yang untung adalah taukey-taukey pasaran gelap ini dan ahli-ahli politik mereka.

Dulu sebelum PRU-14 semasa ringgit berada pada paras RM3.8/USD dan GST 6%, ahli-ahli politik dalam kerajaan sekarang ini guling-guling atas jalanraya dan kata rakyat terbeban, ekonomi musnah dan sebagainya.

Kini bila ringgit mencapai terteruk RM4.8/USD dan SST naik 8% mereka kata ekonomi stabil dan harga barang masih murah cuma naik 1.5% saja. Inilah falsafah ekonomi ahli-ahli politik Madani otak di kepala lutut.

Salam
ISHAM JALIL
2 Mac 2024

Sumber — Facebook

— BebasNews

Leave a Reply