Cuit Zaini HassanJIKA wakil rakyat gagal menguasai bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dengan betul maka ia adalah sesuatu yang amat memalukan.

Sekarang wakil rakyat bukan Melayu semakin banyak menguasai Dewan Rakyat mahupun Dewan-Dewan Undangan Negeri. Sepatutnya atau sewajibnya mereka mampu menguasai bahasa itu dengan baik.

Malah, di tahap lebih tinggi lagi seseorang ADUN itu juga seharusnya mampu memahami istilah-istilah daerah di negeri masing-masing.

Misalnya jika ADUN dari Perak dilantik sebagai Speaker atau Timbalan Speaker beliau juga perlu memahami istilah-istilah daerah-daerah negeri itu. Contohnya: Apa ke he; ayor mati; bede’ah; bedek; buat kerin…

Jangan nanti beliau terpinga-pinga pula? “Apa itu dia cakap?” Sudahlah bahasa utama pun gagal dikuasai dengan baik.

Oleh itu, kita ingin sarankan parti-parti politik buatlah tapisan bahasa sebelum meletakkan individu itu bertanding dalam pilihan raya.

Ikutlah resam di negara Indonesia khususnya, yang meletakkan bahasa Indonesia itu adalah sebagai bahasa keramat yang wajib dikuasai oleh sesiapa sahaja rakyatnya, tanpa kompromi. Hal yang sama juga berlaku di Thailand, di Filipina, Vietnam dan negara-negara lain di dunia, kecuali di Malaysia!

Lihat video di atas. Tajuknya: ADUN negara mana ini?

Anda nilailah sendiri…

— BebasNews

Leave a Reply