GAMBAR HIASAN - Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

JEDDAH — Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan 15 Zulkaedah (24 Mei) sebagai hari terakhir bagi tamat tempoh visa umrah untuk jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

Kementerian itu berkata, tarikh tamat tempoh visa yang diawalkan dari 29 ke 15 Zukaedah itu bertujuan bagi melancarkan perjalanan jemaah haji dari seluruh dunia ke kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadah haji tahunan.

Selain itu, kementerian turut menjelaskan, tempoh sah visa umrah selama tiga bulan akan bermula dari tarikh pengeluarannya, berbanding tarikh kemasukan ke Arab Saudi seperti yang diluluskan sebelum ini.

Kementerian menjelaskan, perkara terbabit sebagai maklum balas kepada beberapa pertanyaan yang diajukan melalui platform X miliknya.

Kementerian berkata, tempoh sah visa umrah adalah tiga bulan dari tarikh dikeluarkan, dengan syarat tamat tempoh selewat-lewatnya pada 15 Zulkaedah, selari dengan penyelarasan yang dibuat antara Kementerian Haji dan Umrah dan Kementerian Luar.

— BebasNews

Leave a Reply