Gambar hiasan

Cuit Zaini HassanEKORAN pendedahan demi pendedahan media sosial (terbaharu oleh Saudara Zaharin Mohd Yassin) mengenai pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai politik menteri yang mahu makan, cuba makan, dan telah kenyang makan suap; maka seorang rakan memberi buah fikiran beliau.

Sama-samalah kita ambil iktibar apa yang beliau cuba sampaikan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan.

Semoga menjadi iktibar kepada pegawai muda politik menteri yang sedang ghairah “menyakau” — termasuklah, KSU dan konco-konconya; sehinggalah kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan agensi-agensinya.

Ikuti tulisan beliau kepada saya:

Saya melihat trend pelik di negara kita:

1. Jika orang politik kuat makan, maka geng-geng mereka juga akan sapu sebanyak mungkin projek-projek dan perbekalan kerajaan.

2. ⁠Jika orang politik tidak kuat makan, maka pegawai-pegawai kerajaan pula yang akan atur dan sapu projek-projek ini, siap dengan kartel lagi.

3. ⁠If you go to any department including GLCs memang ramai yang mintak deal sana-sini. Malu kita dengar. Duit, duit, duit. Pelik sungguhlah.

Gila sudah negara kita ini.

Pengalaman saya menjadi xxxx menjaga berpuluh billion selama sepanjang beberapa tahun, satu pun saya tidak sapu atau terlibat.

Ramai yang saya tolong menjadi kaya-raya dan satu sen pun saya tidak minta. Sebab saya sendiri buat dasar “No gift policy”. So tidak ada yang berani mahu menjolok kita.

Saya masih ingat seorang KSU datang berjumpa saya meminta pandangan dan pengalaman “on enhancing better governance”. Saya berkongsi pengalaman dengan beliau.

Sekarang saya amat gembira dapat bersara tanpa hutang.

Walaupun hanya mampu duduk rumah teres sahaja.

Allah berikan anak-anak semua lulus universiti yang saya tanggung bayar sendiri.

Sejak bersara sampai sekarang ada sahaja lantikan dalam agensi-agensi.

Banyak juga lantikan yang saya tolak kerana biar beri peluang kepada orang lain.

Bagi saya: “Hidup ini biar sedikit tapi berkat”.

Itulah yang atuk saya ajar dulu di kampung. Alhamdulillah.

— BebasNews

Leave a Reply