Hary Tanoe, taikun Indonesia beli kediaman mewah Trump bernilai USD13 juta

0
760
MANSION Trump di Beverly Hills, California yang dijual kepada Hary Tanoe.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SALAH seorang individu terkaya (taikun) di Indonesia, Hary Tanoe atau nama lengkapnya  Hary Tanoesoedibjo, 53, membeli salah satu hartanah milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berupa sebuah kediaman mewah (mansion) di Beverly Hills, California dengan harga USD 13.5 juta (hampir RM55 juta) .

Harga jualan naik hampir 3 kali ganda daripada harga USD5 juta (sekitar RM22 juta)  ketika dibeli Trump pada 2007. Mansion itu mempunyai keluasan 1.645 meter persegi (5,400 kaki persegi).

Berita tersebut menjadi salah satu liputan  utama  sebahagian besar media di Indonesia baik akhbar, berita online, serta pelbagai media sosial. Namun setakat ini belum ada kenyataan daripada pihak Hary Tanoe bagi mengesah atau menafikan berita itu.

Penjualan salah sebuah hartanah Trump kepada Hary Tanoe terbongkar apabila akhbar Washington Post pada 13 Jun (Khamis) lalu mendedahkan nama pembelinya sebagai Hary Tanoe.

Sementara itu anak kedua Donald, Donald Trump Jr. dalam kenyataan kepada laman web Real Deal Los Angeles menyatakan mansion itu dijual kerana ia jarang menjadi penginapan keluarga sejak Donald Trump menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat .

Trump dan Hary Tanoe menjadi rakan niaga sejak tahun 1997. Hary Tanoe menguruskan perniaggan Trump di Indonesia.

Di antara projek mewah Trumph di Indonesia ialah projek resort dan hotel bertaraf 5 bintang di Tanah Lot, Bali. Begitu juga memiliki resort dengan pelbagai kemudahan mewah dan pusat peranginan seperi Disneyland di Bogor, Jawa Barat.

Hubungan erat dua rakan niaga ini terbukti apabila  Hary Tanoe beserta isteri, Liliana menjadi  tetamu kehormat pada majlis akad sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada Januari 2017.

Menurut daftar Forbes pada tahun 1998  Hary Tanoe menduduki tangga ke 31 individu paling kaya di Indonesia dengan nilai pendapatan USD980 juta.  Dan pendapatan Hary Tanoe tahun ini dianggar mencapai USD 1.1 bilion.

Hary Tanoe merupakan anak bungsu daripada  6  beradik dan anak kepada  usahawan,  Ahmad Tanoesoedibjo

Hary Tanoe yang mendapat pendidikan di Universiti Ottawa ini menceburi perniagaan hartanah dan saham sehabis pengajian dan berjaya mencipta kejayaan dengan cepat.

Selain terbabit dalam pelbagai bidang bisnes, Tanoe turut bergiat dalam bidang politik.

Sesuai dengan matlamat bergiat cergas dalam bidang politik  Tanoe menjadi taikun media dengan membeli sejumlah stesen TV, stesen radio dan beberapa media cetak. Sejak 2007 beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian televisyen MNC Media yang mencakupi beberapa stesen tv.

Tanoe pernah mengetuai beberapa parti seperti NasDem (2011-13), Hanura (2013-14) dan kini Partai Peratuan Indonesia (Perindo)  (sejak 2015).

Tanoe bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia. Perkara ini didedah dalam satu wawancara dengan stesen TV Amerika Syarikat, ABC pada Januari 2015.

Katanya beliau mendapat inspirasi daripada Donald Trump yang daripada  seorang ahli perniagaan yang berjaya kini menjadi berjaya menjadi orang nombor satu Amerika Syarikat.

Dengan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, menguasai sejumlah media dan usianya masih muda, tidak mustahil Tanoe bakal bertanding bagi pemilihan Presiden Indonesia 2024 dan memenanginya.

–BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here