Single baharu, Ezlynn kembali Goyang

0
389

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SELEPAS lapan tahun tidak berkarya, kini penyanyi Ezlynn tampil dengan single Goyang selepas bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 37, sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu seperti Hi Hi Bye Bye, Pening, Jikalau Aku dan Sengsara.

Kali terakhir Ezlynn tampil adalah pada tahun 2012 menerusi lagu Dusta. Seperti biasa, dia masih memilih irama rancak untuk lagu Goyang.

Goyang merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Farique merupakan penyanyi dan komposer yang sering berkarya dalam menghasilkan lagu runut bunyi filem dan drama tempatan.

Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu Goyang, dia mnenampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan Fun Ska.

“Lagu yang cukup bertenaga ini bukan sahaja mampu membuat pendengar bergoyang malah mampu membakar semangat pendengar jika mereka menghayati mesej yang saya sampaikan itu menerusi lirik tulisan Adah Kahir ini.

Goyang bukan sembarangan lagu yang mengajak pendengar bergoyang, tetapi lagu ini sarat dengan mesej positif yang menyentuh tentang revolusi diri, keperkasaan wanita dan keamanan dunia,” jelas Ezlynn.

Single baharu Ezlynn itu boleh didapati pada semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music mulai semalam (28 Disember).

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here