Perpaduan Melayu bukan mitos

0
455
Oleh YAHAYA ISMAIL

 

DULU kata orang letak beruk sebagai calon UMNO pasti dia menang walau pun statusnya beruk. Hari ini beruk sudah jadi naga sakti yang gila kuasa, super korup, zalim, bodoh sombong,  munafik, menipu Allah, menjajakan dongeng syurga dunia untuk rakyat jelata.

Dengan kuasa Allah beruk-beruk ini masih berkeliaran hanya menunggu masa untuk berdialog, berceramah, menipu segala cicak, mengkarung, pijat dan lipas di Sg Buloh.

Yang bangsatkan Melayu bukan bangsa lain, tapi para pemimpin Melayu yang juga berstatus bangsat.

Bayangkan kononnya  buat umrah setiap tahun, berkali-kali, pakai jubah, hadiah al-Quran, tapi dia juga menjelma sebagai super koruptor yang super rakus melebihi iblis syaitan dan jin.

Maharaja penyamun yang takut bini melantik suku-sakat penyamun memimpin berbagai agensi kerajaan untuk membela kepentingan rakyat. Rupa-rupanya para penyamun menggunakan jawatan mereka sebagai penyamun menyamun harta rakyat tanpa segan dan malu. Inilah para pemimpin yang bangsatkan mereka.

UMNO yang dianggap wadah perjuangan Melayu Islam di masa lalu kini menjadi tempat bersemayam segala koruptor, puaka dan lanun.

Pelek bin hairan berjuta ahli UMNO hanya jadi keldai, lembu, kerbau mengekalkan para lanun super koruptor sebagai pemimpin mereka.

Mereka menjerit sampai terkentut kononnya mereka pejuang Melayu, Islam dan nasionalis, tetapi mereka juga yang memapah  para pemimpin super korup, lanun menguasai parti. Minda bercawat, berjiwa hamba.

UMNO mesti dibersihkan daripada para pemimpin super korup, gila kuasa, munafik.

Kalau kamu punya maruah, harga diri, berpegang pada tali Allah SWT, sayangkan  bangsa dan negara, tendang semua pemimpin super korup daripada pimpinan UMNO.

Bersihkan parti dari atas sampai ke peringkat cawangan.

Majoriti Melayu sayangkan UMNO, tapi benci, muntah melihat para lanun yang memimpin parti itu.

Rakyat berharap mereka segera ditendang ke Sg Buloh menghabiskan sisa usia bersama  cicak, mengkarung, lipas dan pijat di sana.

Tun Mahathir tidak akan mengharamkan UMNO kerana ia ‘anak kandung’ beliau. Hari ini dia juga terperangkap dalam mainan politiknya sendiri pada usia 94 tahun.

Dia melantik pemimpin lemah, korup sebagai penggantinya maka dia sendiri menanggung padahnya.

Takdirnya dia memilih Anwar Ibrahim atau Azmin Ali sebagai bakal PM, maka sekali lagi Mahathir membawa bala kepada dirinya dan rakyat.

Tanya Mahathir apakah dia sanggup menanggung dosa di akhirat memilih orang yang seperti itu yang dia benci di masa lalu sebagai bakal PM?

Mahathir terpaksa mencari penggantinya dari UMNO. Dia tahu siapa yang paling layak menjadi PM kerana kebanyakan bekas menteri UMNO pernah ada dalam kabinetnya.

Dia mesti hapuskan segala dendam kesumatnya terhadap mereka yang pernah menentangnya di masa lalu. Dia harus fikir kepentingan rakyat, bangsa, agama dan negara dan  mesti memilih calon terbilang, berpengalaman, berilmu dan TIDAK KORUP, memimpin kerajaan.

Banyak orang berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah paling layak dan mempunyai rekod kecemerlangan sebagai bekas menteri kewangan yang dihormati rakyat dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Calon terbaik dari UMNO ada. Rakyat hanya menunggu siapakah gerangan pilihan Tun Mahathir sebagai bakal PM nanti.

— BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here