Robot laksa mampu hidang 80 mangkuk sejam

0
2212

CANGGIH… Anda mahu anjur acara keramaian dan ingin jamu tetamu dengan laksa? Kini anda tidak perlu berhempas-pulas di dapur kerana ada sebuah robot boleh sediakan masakan itu.

Perkara ini jadi kenyataan apabila firma katering terbesar Singapura, Neo Group, mendedahkan stesen masak laksa robotik secara langsung serba baharu, lapor stesen Channel NewsAsia.

Ia boleh menyediakan 80 mangkuk hidangan lazat itu dalam masa sejam. Inovasi tersebut diumumkan pada 4 Julai lalu semasa pameran katering pertama kumpulan berkenaan.

Program itu berlangsung di Sekolah Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU). Acara tersebut juga menyaksikan 15 jenama katering dan gaya hidup diperkenalkan Neo Group.

Antaranya Orange Clove, Neo Garden dan Lavish Dine Catering, yang masing-masing mempersembahkan menu baharu mereka kepada para pengunjung pameran berkenaan.

Namun bagaimana stesen laksa itu berfungsi? Pelanggan hanya perlu pilih mi dan bahan-bahan yang diingini seperti taugeh dan bebola ikan kemudian robot tersebut mula memasak.

Ia akan mencelupkan mi sebelum menuangkan kuah laksa ke dalam mangkuk. Lebih menarik lagi, hidangan laksa tersebut sudah boleh siap dimakan dalam tempoh 45 saat sahaja!

Dihasilkan bersama Orange Clove dan sebuah syarikat kejuruteraan setempat, stesen mi robot itu kini boleh disewa baik sama ada untuk majlis skala kecil atau acara korporat yang besar.

Mereka yang ingin menyewa robot itu boleh menghidupkannya dalam tempoh tiga jam memandangkan ia tidak bergantung kepada demonstrasi masakan secara langsung oleh cef.

Harga sewa bagaimanapun belum ditetapkan bagi konsep baharu itu namun sudah terdapat rancangan untuk turut menawarkan juadah dan resipi lain pula.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here