Muhyiddin Yassin ukur baju di badan sendiri

0
598

DI padang tanpa helang kata belalang akulah helang.

Dalam BERSATU Muhyiddin bukan bertaraf helang.

Dia hanya belalang yang sedang sakit. Tentulah tidak masuk akal belalang sakit hendak menguasai padang yang luas, penuh dengan serangga dan pemangsa aneka jenis.

Kalau dia berpegang kuat pada tali Allah, maklumlah anak seorang ulama di Muar, tentulah dia insaf kekurangan dan kelemahan dirinya.

Kata orang ukur baju di badan sendiri. Muhyiddin tak ada karisma yang boleh memukau rakyat menyokongnya sampai ke liang lahat. Waktu dalam UMNO dia tidak dianggap seorang pejuang super hebat. Dia bergayut pada  team wawasan  peliwat Anwar Ibrahim yang merasuah kebanyakan pemimpin UMNO dengan ‘pink form’ dan berbagai projek kerajaan.

Bila berlaku tsunami politik pada PRU 2008 yang menghanyutkan Pak Lah Muhyiddin tampil ke muka kononnya menentang Pak Lah, dan  bergayut pula pada Najib Razak.

Dia hanya bijak menukar warna seluar dalam politik menurut keadaan yang menguntungkannya.

Dia pandai menahan lokah di tempat yang genting.

Mungkin para balaci, juak-juaknya berkata dia, Mukhriz dan Shafie Apdal dipecat dari UMNO kerana menentang perompak  kelas cakerawala  Bugis sesat bernama Najib Razak. Ketawa beruk, biawak dan babi montel kalau itu dijadikan hujah untuk menyintuk limau dia jadi helang di padang luas.

Mahathir juga dipecat dari UMNO bersama Musa Hitam di era Tunku Abdul Rahman. Tapi Mahathir berjuang terus menentang Tunku, dan akhirnya diterima balik oleh Tun Razak dalam UMNO. Akhirnya dia jadi PM selama 22 tahun. Rekod kecemerlangannya sebagai PM tidak  boleh dinafikan.

Muhyiddin hanya gigit jari, putih mata mengharapkan ihsan Tun M menjadi panglima perang menentang super penyamun kelas cakerawala.

Kemenangan PH pada PRU 14 bukan kerana Muhyiddin, Mukriz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Mat Sabu. Tanpa restu Allah dan sokongan rakyat terhadap Tun M, Muhyiddin tidak akan mimpi jadi menteri KDN sekarang merangkap presiden BERSATU.

Ada yang kembali meroyan jadi PM melalui jalan belakang tanpa turun berjuang di padang. Ini fakta, bukan auta.

Antara empat parti dalam PH, BERSATU paling lemah kepimpinannya. Kalau Muhyiddin berstatus helang pasti BERSATU paling gagak perkasa, dihormati rakyat dan para pemimpin lain.

Sebagai menteri KDN dia juga tidak mampu memberi semangat juang kepada kakitangan bawah kementeriannya.

Dia mandom, lemah, tak terdaya memikul tanggungjawab kementerian yang penting itu.

Ada orang berkata Muhyiddin main acilut dengan sekutu kelas antarabangsa untuk menyingkirkan Tun M melalui undi tidak percaya di Parlimen. Kalau dia berkongsi harapan dengan sekutu yang meroyan menjadi PM maka malanglah nasibnya. Allah dan rakyat tidak akan berkati “al-Juburi” istilah Mat Sabu itu jadi PM.

Kalau Mahathir melantik dia jadi PM  jangan salah ibu mengandung kalau Allah melaknati PH, rakyat dan negara tercinta ini kelak.

Sekiranya Tun M kuat berpegang pada tali Allah dia tidak akan melantik “al-Juburi” kelas antarabangsa dua kali dijeblos dalam penjara sebagai PM.

Dalam usia 94 tahun apakah Tun M mahu dilaknati Allah kerana memilih dia jadi PM? Nahe, nahe.

Muhyiddin harus insaf dan bersyukur masih jadi menteri lagi. Dia sakit barah sebagai ujian Allah membuktikan dia harus rehat, banyak beramal ibadat dan jangan  bermimpi menjadi PM atau TPM bawah pimpinan yang diragui serta dibenci rakyat itu.

Banyak ahli BERSATU, termasuk rakyat yang menyokong kerajaan PH, mahu Muhyiddin melepaskan jawatan presiden parti. Maaf cakap dia bukan pemimpin berkaliber, punya pengaruh besar dan  kaya dengan ide-ide perjuangan seperti Mahathir. Dia hanya pemimpin belalang yang melompat dari sehelai daun kering pada daun uzur yang lain untuk mencari kesempatan dalam kesempatan pihak lain.

BERSATU mesti membuat pembersihan pada mesyuarat akan datang dari segala pemimpin kelas kambing, ayam itik, kerbau dan lembu. Pilih Tun M sebagai presiden BERSATU tetapi jangan  beri Mukhriz sebagai timbalan presiden kerana  status Mukhriz juga sama taraf dengan Muhyiddin.

Kalau mahu BERSATU dihormati rakyat maka  kepimpinan parti ini perlu dirombak dari akar umbinya sekali.

Moga-moga Allah berkati perjuangan BERSATU dengan kepimpinan yang bermaruah, ada harga diri, berani, tegas, berpegang pada ilmu dan nahe-nahe no korupsi.

— BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here