Usia 25 tahun, tidak malu miliki 5 anak

0
743
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DALAM usia baru 25 tahun, Nieyssa Hasim mempunyai anak secara berderetan usia dari 5 tahun hingga setahun setengah yang dilahirkan dari tahun 2012 hingga 2017.

Ibu rumah tangga sepenuh masa ini berkahwin ketika berusia 17 tahun dan melahirkan tiga anak perempuan dan dua lelaki setiap tahun.

Meskipun letih menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu, tetapi  Niesya berasa puas menjalani kehidupan dan bersyukur atas nikmat diberi Tuhan.

Niesya memaparkan kisahnya dalam akaun Facebook peribadinya.  Turut dipaparkan gambar dia sekeluarga termasuk suami.

Dalam akaun Facebook dia menasihatkan kaum wanita agar tidak menunda perkahwinan dan jangan takut untuk memiliki anak ramai ketika usia masih muda.

Bagi beliau, memiliki bilangan anak yang ramai adalah ketentuan Ilahi  dan Tuhan pasti memberi rezeki dan perjalanan keluarga yang baik untuk kehidupan yang mendatang.

—BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here