Feri RoRo Dumai-Melaka beroperasi tahun depan?

0
525
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

INDONESIA – Malaysia menjangkakan operasi feri RoRo antara Dumai ke Melaka bakal menjadi kenyataan pada tahun depan.

Jangkaan itu dibuat Pengarah Trafik dan Pengangkutan Laut, Kementerian Perhubungan, Wisnu Handoko ketika mesyuarat ke-11 Kumpulan Kerja Infrastruktur Pengangkutan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Operasi feri yang merupakan inisiatif yang paling cepat dapat direalisasikan,
“Pelaksanaannya akan meningkatkan hubungan baik kedua-dua negara dan bakala meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelancongan,” kata Wisnu, yang juga Pengerusi Mesyuarat dan Ketua Delegasi Indonesia.

Pelaksanaannya merupakan antara usaha untuk meningkatkan kerja sama antara tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Menurut Wisnu, kedua-dua negara sedang dalam proses menyiapkan kemudahan laut dan darat dan prosedur yang diperlukan untuk merealisasikannya termasuk penyediaan khidmat kastam, imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS).

“Laluan feri RoRo Dumai-Melaka ini merupakan salah satu projek yang diusulkan dan menjadi antara projek keutamaan dalam The Master Plan on ASEAN Connectivity dan Brunei Action Plan,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Delegasi Malaysia, Rosbi Abdul Rahman mengatakan, feri RoRo Dumai-Melaka mungkin boleh direalisasikan paling lewat sekitar bulan November tahun depan.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here