Singapura bakal bina flat awam suhu lebih sejuk

0
312

NYAMAN… Umum maklum rumah pangsa kos rendah lazimnya bukan sahaja kecil dan sempit, malah agak panas termasuk pada waktu malam meskipun dipasang kipas yang pusing agak laju.

Justeru, pihak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal bina rumah flat awam yang suhunya dikatakan lebih sejuk untuk menjadi suatu realiti buat warga Singapura tidak lama lagi.

Ia susulan HDB memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat Evonik pada Kongres Penyelidikan dan Pembangunan Kemampanan Bandar 2019 di Singapura semalam.

Ini bakal menyaksikan penggunaan bahan binaan berasaskan silikon baru firma tersebut dalam pembuatan bumbung flat HDB dan menawarkan perlindungan haba lebih baik di negara itu.

Menurut stesen penyiaran Channel NewsAsia, material canggih itu dikenali sebagai Calostat, sejenis penebat berupaya kurangkan suhu sekitaran di flat HDB sehingga 2 darjah Celsius.

Ujian awal dijangka bermula pada suku pertama 2020 dan Calostat mungkin digunakan untuk bahagian lain bangunan tersebut jika terbukti berjaya, menurut HDB dalam kenyataan medianya.

Selain itu, HDB dan Evonik juga sedang berusaha menghasilkan pracampuran simen yang lebih baik bagi percetakan secara tiga dimesi (3D) untuk pelbagai komponen pembangunan HDB.

Berbeza dengan proses penghasilan prapasang biasa, percetakan 3D singkatkan masa yang diperlu untuk bina flat dan tawarkan pembeli lebih banyak pilihan reka bentuk bagi rumah.

Ia juga akan dapat tangani isu kekurangan tenaga buruh warga asing dalam industri pembinaan kediaman strata serta tingkatkan kecekapan daya pengeluaran para pekerja sendiri.

HDB turut memeterai MoU bersama V-Key untuk kaji peningkatan boleh dilaksanakan terhadap sistem kehidupan pintar yang sudahpun disediakan di flat-flat baharu di Punggol Northshore.

Kajian diharap dapat sepadukan peralatan pintar daripada pelbagai jenama untuk mewujudkan pengalaman bagi pengguna HDB termasuk ciri pencahayaan, langsir dan sensor pergerakan.

Projek Hab Pintar HDB ialah wadah data berpusat bagi 10,000 flat merentasi 24 bandar, yang kumpul data dan kemudan bangunkan alat kecerdasan perniagaan untuk pemantauan prestasi.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here