Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEBANYAK sembilan artis terjerat dengan kes dadah sejak awal tahun ini bermula dari Aris Idol, Nunung, hingga Jefri Nichol.

Pada awal tahun ini, Aris Idol ditangkap polis ketika  mengadakan pesta syabu bersama-sama empat yang lainnya.

Terbaharu, pelawak Tri Retno Prayudati alias Nunung dan pelakon aksi lasak Jefri Nichol, juga dikaitkan dengan itu penggunaan barang terlarang pada 23 Julai lalu.

Berdasarkan laporan Tribunnews dari Kompas.com, berikut adalah artis-artis  yang terbabit dadah sejak awal tahun ini:

 

        1) ARIS IDOL

Januarisman Runtuwene alias Aris Idol, ditangkap polis pada Selasa, 15 Januari.

Aris Idol ditangkap di sebuah apartmen di Kuningan, Jakarta Selatan ketika menggunakan  syabu dengan empat suspek lainnya, iaitu YSP, AS, AY, dan AM.

 

  1. JUPITER ORTISSIMO

Jupiter Fortissimo ditangkap polis pada Isnin 11 Februari  di sebuah rumah sewa di kawasan Tomang, Grogol, Petamburan, Jakarta Barat.

Penangkapan lelaki berusia 37 tahun ini bermula dari laporan orang ramai tentang adanya kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Seorang lelaki dikenali sebagai JF ditangkap di daerah Jakarta Barat atas kes penyalahgunaan dadah,”  kata Ketua Perhubungan Awam,  Polda Metro Jaya, Argo Yuwono,  Rabu 13 Februari.

Sebelumnya, Jupiter pernah menjalani hukuman penjara selama dua tahun kerana kes yang sama pada bulan  Mei 2016 .

 

  1. SANDY TUMIRA

Pelakon  Sandy Tumiwa, ditangkap Unit Dadah Polsek Menteng kerana mengambil dadah  jenis syabu.

Sandy ditangkap ketika bersama-sama kawannya, Mikhael Angelio, di Hotel The Grove, Jakarta Selatan pada Jumaat, 1 Mac pukul 2.30 pagi.

 

  1. ZUL ZIVILIA

Penyanyi band Zivilia, Zulkifli atau Zul, ditangkap ketika  membungkus dadah jenis syabu seberat 9,5 kilogram dan 24 ribu biji  ekstasi di Apartmen Gading River View City Home, Kelapa Gading Bara, Jakarta Utara pada Jumaat  1 Mac.

Polis Daerah (Polda) Metro Jaya berkata, Zul Zivilia dan lapan kawannya merupakan pengedar dadah yang tidak berhubung secara langsung pengguna.

 

  1. AGUNG SAGA

Agung Saga ditangkap apabila dikaitkan dengan kes  penyalahgunaan dadah  pada Selasa, 9 April di depan Circle K, Petogogan, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Ketika ditangkap, Agung difahamkan baharu sahaja melakukan transaksi dadah di wilayah Bogor.

 

  1. JERRY AURUM

Mantan suami penyanyi  Denada, Jerry Aurum, ditangkap  kerana kes dadah pada Rabu 19 Mei.

Jerry seorang jurugambar ditangkap di sebuah perumahan di kawasan Tangerang Selatan, Banten.

Jerry Aurum didapati positif mengambil dadah setelah menjalani pemeriksaan dan ujian air kencing.

 

  1. ZULFIKAR, JAMAL ‘PREMAN PENSIUN’

Zulfikar, pelakon dalam, ‘Preman Pensiun’ ditangkap polis di sebuah apartmen di Bandung, Jawa Barat pada Sabtu, 20 Julai lalu.

Polis menemukan sejumlah barang bukti iaitu  satu alat hisap yang masih berisi syabu di Apartmen Kota Bandung yang didudukinya.

 

  1. NUNUNG

Pelakon komedi Tri Retno Prayudati alias Nunung, ditangkap bersama-sama suaminya, Iyan Sambiran di rumah mereka di kawasan Tebet, Jakarta Selatan pada Jumat ,19 Julai.

Nunung dan Iyan ditangkap setelah melakukan transaksi dengan suspek HM alias TB.

 

  1. JEFRI NICHOL

Pelakon yang paling banyak melakukan aksi lasak  Jefri Nichol ditangkap polis pada Isnin 22 Julai  di A Residences, Jakarta Selatan.

Jefri ditangkap ketika berada di luar rumah dan penggeledahan yang dilakukan di rumahnya mendapati ganja seberat 6.01 gram  disimpan dalam peti sejuk.

—BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here