GEMBIRA… Warga Turki ceria meraikan pelantikan Perdana Menteri baharu Britain, Boris Johnson yang mewarisi darah keturunan tokoh bangsawan terkenal negara Islam tersebut.

Para ahli politik, pemerhati dan media percaya ‘cicit era Uthmaniah’ itu dapat mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang kebetulan terletak di pinggir benua Eropah.

Mantan Datuk Bandar London itu ialah cicit kepada menteri hal ehwal dalam negeri terakhir empayar Khalifah Islam terakhir, Ali Kemal, keturunan yang cukup dikagumi dan dihormati Turki.

Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan yang perkecil-kecilkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sebahagian media Turki tetap mesra dengan gelar Johnson, 55, sebagai “Boris the Turk”.

“Cicit Empayar Uthmaniah jadi Perdana Menteri Britain baharu,” demikian tajuk muka depan akhbar propembangkang, Sozcu yang lapor kejayaan pemimpin parti pemerintah Konservatif itu.

“Perdana Menteri yang berasal dari Cankiri untuk England,” katanya, merujuk kepada kampung halaman bapa Ali, Hadji Ahmet Rıza Efendi yang lahir di wilayah tengah Turki pada tahun 1813.

Seperti Johnson, moyangnya ialah wartawan yang kemudian menyertai kerajaan. Di penghujung kegemilangan Uthmaniah, Ali ditangkap dan dihukum mati oleh aktivis nasionalis sekular Turki.

Erdogan dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada Johnson menerusi akaun sosial Twitter bahkan yakin hubungan antara Ankara dan London akan bertambah baik selepas ini.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu turut ucap tahniah sambil berkongsi video ketika Johnson diminta wartawan Turki untuk ulas mengenai asal usulnya di Cankiri semasa lawat pada tahun 2016.

—BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here