[KEMASKINI/VIDEO] Lapan cedera lif terhempas dari tingkat lima pangpaspuri PPR Kg Kerinchi

0
359

KUALA LUMPUR — Lapan individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas lif di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi dekat sini, mengalami kegagalan sebelum terhempas dari tingkat lima, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, seramai sembilan individu menaiki lif berkenaan namun sebaik tiba di tingkat lima, lif tersebut mengalami kegagalan sebelum terhempas.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Lumpur Muhammad Ridwan Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 2.40 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Lapan mangsa ditemui di dalam lif dan pemeriksaan mendapati mereka mengalami patah kaki, cedera di pergelangan kaki, dan tangan. Semua mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, operasi menyelamat enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun itu selesai kira-kira 15 minit kemudian.

 

-BERNAMA

 

 

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here