Helikopter Nuri mendarat cemas, 15 cedera

0
592
FOTO: Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik. IHSAN TUDM

 

ALOR SETAR — Seramai empat kru dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera ringan selepas helikopter Nuri yang mereka naiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di Kem Gubir di sini, petang tadi.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dalam kenyataan, memaklumkan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, helikopter dari Pangkalan Udara Butterworth itu dalam misi membawa anggota TDM dan ulang bekal.

“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Semua diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem terbabit,” katanya.

Susulan kejadian itu, TUDM menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian dan satu pasukan penyiasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/591800/helikopter-nuri-mendarat-cemas-15-cedera
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here