Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin dilaporkan bercinta

0
581

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

RUPA-RUPANYA sudah lima bulan anggota Running Man, Lee Kwang Soo, 34, bercinta dengan aktres Lee Sun Bin, lapor Soompi.

Pasangan tersebut mula bertemu sewaktu Sun Bin menjadi tetamu program Running Man pada September 2016.

Kira-kira lima bulan baru-baru ini sahaja mereka mengambil keputusan untuk menjadikan hubungan yang bermula sebagai kawan itu kepada hubungan yang lebih serius dan mula keluar temu janji.

Kisah percintaan mereka diketahui umum pada 31 Disember 2018 apabila pihak pengurusan Kwang Soo, King Kong by Starship mengesahkan berita tersebut.

“Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin telah bercinta sejak lima bulan lalu. Mereka mula bertemu sewaktu program Running Man.

“Mereka sering menemani antara satu sama lain dalam majlis rasmi dan memperkenal diri mereka sebagai pasangan kekasih,” jelas wakil Kwang Soo.

Ketika rakaman program tersebut, Sun Bin, 25, tanpa berselindung berkata yang dia berminat dengan Kwang Soo yang digelar zirafah oleh anggota Running Man kerana susuk tubuhnya yang tinggi.

“Cara dia bertelingkah dengan orang lain membuat saya berfikir bahawa kami sangat sesuai,” jelas Sun Bin antara sebab kenapa dia berminat dengan Kwang Soo.

p

Kedua-dua mereka tidak menyembunyikan hubungan tersebut apabila Kwang Soo turut membawa Sun Bin pada majlis pelancaran filem lakonannya, Swing Kids.

Malah Kwang Soo yang mula menyertai program Running Man sejak 2010 turut memperkenal Sun Bin sebagai kekasih kepada rakan-rakan baiknya iaitu Lee Joon Bin, Im Ji Hwan, Kim Ki Bang dan Do Kyung Su.

– BEBASnews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here