Peluang pereka fesyen tempatan pamer rekaan di London

0
535
Oleh ROSMAH DAIN

 

 

NORISH Kareem yang merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture bakal menganjurkan satu majlis  pertunjukan fesyen bertaraf antarabangsa, Norish Kareem London Fashion Week (NKLFW) pada September ini.

Majlis fesyen gilang-gemilang yang bernaung di bawah  label NK Fashion Week (NKFW) ini turut disertai  beberapa pereka fesyen tempatan  antaranya, MW by Mimi Wahidah, Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummirias International, Liza Zulkarnain dan beberapa pereka fesyen lain dari dalam dan luar negara.

NKLFW ini bakal bekerjasama dengan rakan strategik, Matrade  dan dijangka diadakan di tengah-tengah Kota London yang dihadiri  penggiat fesyen tanah air dan di peringkat antarabangsa.

NKLFW juga merupakan majlis pertunjukan fesyen yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Norish yang turut memasarkan produk lain iaitu Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London.

“Kami berharap NKLFW ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada semua pihak,’’ katanya pada sidang akhbar majlis berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain bertujuan memperagakan fesyennya di peringkat antarabangsa, Norish turut berhasrat untuk mengetengahkan pereka-pereka fesyen negara ini di pentas dunia dan memberi pendedahan kepada mereka, dunia dan industri fesyen di peringkat antarabangsa.

“Butik Noorish Kareem yang terletak di London turut menyediakan ruang bagi pereka-pereka fesyen di seluruh negara dan pereka-pereka fesyen tanah air untuk mempamerkan jenama mereka di kota berprestij itu,’’ katanya.

Ini sekali gus katanya, memberi mereka peluang untuk menembusi pasaran di United Kingdom (UK) dan di Eropah.

Ruang ini juga tidak hanya terhad kepada pakaian, produk lain seperti kosmetik dan aksesori di bawah jenama mereka juga  boleh  dipamerkan di sini.

“Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasai pengalaman itu. Oleh yang demikian, ini merupakan sumbangan saya kepada dunia fesyen untuk memberi peluang kepada pereka-pereka fesyen yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah-tengah kota London.

“Saya memberi keutamaan kepada pereka fesyen dari negara ini yang ingin diketengahkan ke peringkat global dan yakin dengan jenama mereka,’’ katanya.

Norish juga memberitahu, NKFW juga dijangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini, berkolaborasi  bersama agensi kerajaan Qatar.

Wanita ini berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu penganjur fesyen antarabangsa yang mengadakan minggu fesyen di pusat fesyen dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai.

Pereka-pereka tempatan yang  berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi Noorish di emel [email protected] atau laman web www.norishkareem.com.

—BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here