Tambah nilai Touch ‘n Go sebelum perjalanan sempena Aidiladha – PLUS

0
363

KUALA LUMPUR — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya supaya menambah nilai kad ‘Touch ‘n Go’ lebih awal atau sebelum memulakan perjalanan sempena Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini.

Dalam kenyataan, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 20 peratus pada hari puncak iaitu pada 9 hingga 12 Ogos serta 17 dan 18 Ogos, berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.

PLUS turut memaklumkan bahawa syarikat konsesi tol itu tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

“Namun, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM (mesin pengeluaran wang automatik), R&R (hentian rehat dan rawat), stesen minyak, pasar raya, dan kiosk layan diri,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna lebuhraya PLUS juga tidak boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect ketika ini.

“Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuh raya kendalian PLUS.

“PLUS juga menasihatkan supaya pelanggan lebuh raya menggunakan Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya,” katanya.

PLUS turut memaklumkan maklumat trafik dihebahkan secara berterusan menerusi Twitter PLUSTrafik serta papan tanda elektronik di lebuh raya.

7386 _1_
— BERNAMA

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here