Oleh ZIHAN ZARI

 

PERSATUAN Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) akan menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor (JKKNS) pada 17 Ogos 2019.

Menurut Setiausaha KEMUDI, Nurul Syahida Hassan,  pertandingan ini yang diadakan di Laman Budaya, Shah Alam, bermula pukul 8.00 pagi dan terbuka kepada warga Selangor berumur 18 tahun dan ke atas, didahului dengan peringkat saringan.

Beliau memberitahu Bebasnews hari ini, peringkat akhir akan diadakan di tempat dan tarikh yang sama pada pukul 2.30 petang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Facebook Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor, atau menghubungi terus pihak urus setia di talian 0149926614  Ahmad Shafiee atau 010 7907388 Nurul Syahida Hassan.

-BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply