Mira Filzah paling popular

0
860
MIRA Filzah mendapat tujuh pencalonan untuk ABPBH32.

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

TAK mengejutkan bila nama pelakon Mira Filzah mendapat tujuh pencalonan dalam enam kategori untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) pada kali ini.

Sebanyak 13 kategori utama dipertandingkan dan Mira Filzah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Artis Wanita Popular DuitNow, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Malah untuk kategori online, Mira Filzah mendapat dua pencalonan bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular (Lelaki Kiriman Tuhan & Pujaan Hati Kanda) dan Gandingan Serasi Filem Popular (Rise Ini Kalilah).

Artis kedua yang mendapat pencalonan banyak untuk ABPBH kali ini ialah penyanyi Siti Nordiana yang tersenarai sebagai peserta Top 5 dalam enam kategori.

Pencalonan mereka sebagai peserta Top 5 untuk kategori berkenaan tidak perlu dipertikai kerana nama Mira Filzah dan Siti Nordiana ketika ini sedang hangat diperkatakan kerana komitmen mereka dalam kerjaya.

Namun apabila nama Delimawati turut tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, itu lebih mengejutkan. Bahkan yang empunya diri pun tak percaya namanya turut tersenarai sebaris dengan Erra Fazira, Hanna Delisha, Mira Filzah dan Uqasha Senrose.

Tidak perlu dipertikaikan pencalonan beliau kerana penonton kecil hingga dewasa mengenalinya sebagai kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah.

Keberkesanan karakter hantu kak Limah lakonan Delimawati melayakkan beliau untuk tercalon dalam kategori tersebut kerana pemilihan berdasarkan undian daripada orang ramai.

“Sewaktu mendapat panggilan daripada penganjur untuk hadir ke sidang akhbar pengumuman Top 5 ABPBH 32, saya tak percaya kerana belum pernah nama saya dicalonkan.

“Lepas tu bersaing dengan pelakon muda pula. Apapun saya anggap ini rezeki dan percaya pencalonan saya atas sokongan daripada peminat filem Hantu Kak Limah,” katanya tersenyum.

Jika seorang pelakon itu memberikan impak yang bagus dalam lakonan pasti ramai yang menyokong biarpun beliau tidak mempunyai pengikut yang ramai di sosial media.

Kalau Delimawati tidak percaya namanya tersenarai untuk Top 5, penyanyi Aishah pula menganggap ada pihak yang ingin bergurau dengannya bila mendapat panggilan daripada penganjur.

AISHAH menjadi Top 5 untuk Penyanyi Wanita Popular DuitNow.

“Masa mula-mula tersenarai pun saya terkejut dan kata, siapa yang nak undi aku ni kerana budak-budak yang nak mengundi tu bukannya kenal aku.

“Apa pun saya anggap ini baik untuk profil. Zaman sekarang ini, artis mesti sentiasa ada profil, keluar sana sini untuk orang kenal. Mungkin ini satu peluang baik dan saya beritahu pada kelab peminat, mereka yang melakukan semua.

“Pada saya berada dalam Top 5 merupakan satu anugerah. Bukan mudah untuk saya yang sudah 32 tahun dalam bidang ini berada pada tahap itu untuk bersaing dengan penyanyi muda,” katanya terus terang.

Aishah yang tersenarai sebagai Top 5 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow perlu bersaing dengan Ara Johari, Siti Nordiana, Stacy dan Wany Hasrita.

Bagi Aishah, pemilihannya ke peringkat Top 5 menjadi pemangkin semangat untuk artis seangkatan terus berkarya kerana beliau yakin pencalonannya itu dinilai berdasarkan bakat.

Malah penyanyi Janji Manismu itu juga pernah terfikir orang ramai tidak akan mengundinya kerana kontroversi bersama usahawan kosmetika Datuk Seri Vida sebelum ini.

“Setiap seorang yang suka dengan kita, akan ada 10 orang yang tak suka dengan kita. Sebenarnya tular ini ada baik dan buruknya. Saya berfikiran, mana yang tak suka dengan saya mesti tak akan mengundi saya.

“Sejarah juga untuk ABPBH kerana penyanyi yang sudah 32 tahun menyanyi masih relevan dan bukan semua artis yang seangkatan saya dapat melalui karier yang panjang,” katanya yang harap artis lama mendapat peluang untuk terus berkarya.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah yang tercalon dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Hael Husaini bakal bersaing dengan Alif Satar & Siti Nordiana, Floor 88 & Baby Shima, Insomniacks dan Khai Bahar & Fatin Husna.

“Dayang berterima kasih kepada peminat kerana mengundi Dayang dan Hael untuk kategori tersebut. Harap peminat tidak berhenti menyokong Dayang,” katanya yang tampil dengan single Sebentar, ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan.

Segala keputusan bakal diketahui pada 22 September depan dan majlis yang bertema Melangkaui Sempadan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada tahun ini juga dua kategori baharu diperkenalkan iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

 

SENARAI TOP 5 ABPBH 32 – KATEGORI UTAMA

Artis Baharu Lelaki Popular:
Afieq Shazwan
Adam Lee
Iswan Ismail
Raja Atiq
Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:
Aina Abdul
Amelia Henderson
Haneesya Hanee
Masya Masyitah
Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:
Delimawati
Erra Fazira
Hannah Delisha
Mira Filzah
Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:
Fattah Amin
Fendy Bakry
Izzue Islam
Remy Ishak
Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:
Azar Azmi
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:
Faizal Tahir
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:
Aishah
Ara Johari
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:
Alif Satar & Siti Nordiana
Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Floor 88 & Baby Shima
Insomniacks
Khai Bahar & Fatin Husna
Artis Komedi Popular:
Jihan Muse
Jep
Mark Adam
Sherry Alhadad
Zizan Razak

Artis Versatil Popular:
Alif Satar
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Pengacara TV Popular:
Alif Satar
Alvin Chong
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:
DJ Lin
Haziq
Johan
Muaz
Radin

Artis Indonesia Popular:
Afgan
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Judika
Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:
Blackpink
BTS
EXO
G Dragon
GOT7

KATEGORI ONLINE
Artis Sensasi Popular:
Bella Dally
Elfira Loy
Haqiem Rusli
Nazim Othman
Zul Ariffin

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here