KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Saipolyazan Mat Yusop melancarkan sistem FPX E-Majikan bagi kemudahan urusan bayaran zakat pada Majlis Mesra majikan LZS 2019 hari ini. Seramai 350 wakil majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG) hadir pada majlis pelancaran tersebut. –fotoBERNAMA

 

Oleh ARRAZAQ NAZRI

 

SHAH ALAM – Pihak majikan kini lebih mudah untuk membayar zakat dengan adanya kemudahan terkini dikenali sebagai FPX E-Majikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Md. Yusop berkata, kemudahan yang dimulakan sejak 25 Julai 2019 memudahkan majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG).

“Jika dahulu majikan hanya boleh menyemak rekod bayaran lalu tetapi melalui FPX-E Majikan ini, selain memuat naik data pencarum atau kakitangan, pembayaran boleh dibuat secara terus kepada LZS melalui bank-bank yang dipilih.

“Untuk makluman semua, LZS adalah institusi zakat pertama yang menggunakan pembayaran potongan gaji oleh majikan melalui kaedah FPX di Malaysia,” katanya pada Program Mesra Majikan 2019 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini semalam.

Saipolyazan berkata, sehingga kini, 151 daripada 4,458 majikan yang mendaftar melalui SPG telah menggunakan khidmat FPX E-Majikan.

Katanya, orang ramai boleh menyemak taksiran zakat yang sepatutnya dibayar di laman sesawang LZS.

Dalam Program Mesra Majikan 2019 tersebut seramai 100 wakil majikan hadir menyaksikan pelancaran kemudahan tersebut.

Sebelum ini, portal E-Majikan merupakan kemudahan dalam talian yang membolehkan majikan di syarikat yang menyertai SPG membuat taksiran zakat dan penghantaran data potongan zakat bulanan kakitangannya.

Platform ini kemudiannya diperluaskan lagi bagi membolehkan majikan membuat bayaran zakat kakitangan melalui kemudahan FPX tersebut.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here