Berhijrah ke arah lebih baik

0
219
FOTO: NSTP/ASYRAF HAMZAH

 

KUALA LUMPUR — Kemerdekaan tidak akan bermakna tanpa semangat untuk terus berhijrah ke arah lebih baik demi negara, bangsa dan agama, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

“Kami berdoa kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam semoga bumi Malaysia dan seluruh warganya sentiasa hidup aman harmoni dalam pemeliharaan serta redha-Nya,” katanya melalui Twitter beliau, hari ini.

Beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Tahun Baharu Hijrah.

Menerusi ruangan Bayan Linnas mengenai kemerdekaan, beliau berkata, kemerdekaan dinikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan dipelihara.

Katanya, pelbagai nikmat dirasai oleh rakyat Malaysia hasil daripada kemerdekaan.

“Dengan kebijaksanaan pemimpin dan pentadbir sejak dahulu, makanya kita dapati pelbagai pembangunan dan prasarana untuk keselesaan rakyat disediakan oleh pemerintah.

“Kami mengharapkan keamanan dan keteguhan perpaduan dapat dijelmakan oleh masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat ras majmuknya.

“Sempena tema tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ akan dapat direalisasikan terutama dari aspek penekanan peri pentingnya perpaduan rakyat serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here