Dilema Melayu: apakah Mahathir mula pelupa?

0
418

 

APAKAH dalam usia 94 tahun Tun M sudah dijangkiti pelupa?

Mengapakah dia suka membuat kenyataan yang bercanggah sekarang? Apakah dia tidak mampu lagi mengatasi gunting dalam lipatan PH, kerakusan PKR dan DAP yang gila kuasa hingga sanggap menggerhanai PM sendiri?

Umat Islam marah kerana Dr Zakir Naik, pendakwah bertaraf dunia, menjadi modal politik golongan anti Melayu, anti Islam dari puak DAP dan PKR, dan juga dari kalangan BERSATU yang bodoh, mendesak kerajaan singkirkan Zakir Naik dari Malaysia ke India.

Pada mulanya Mahathir mempertahankan Zakir Naik sebagai penduduk tetap, tetapi setelah isu ini dikuasai pihak DAP, PKR dan seorang menteri yang tidak cerdik dan bekas menteri yang monopos politik maka Mahathir berubah sikap.

Sekiranya Zakir terlibat dalam politik dalam dakwahnya maka kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap pendakwah tersebut. Itu kata Mahathir.

Apakah Mahathir hanya mendengar atau membaca berbagai kenyataan anti Zakir, anti Melayu dan anti Islam dari anasir-anasir petualang dalam PH? Atau apakah dia mendengar isi ceramah Zakir sepenuhnya?

Jangan ingat orang Melayu bodoh dan angguk seperti kaldai kenyang. Kini sudah nampak ada usaha pihak tertentu hendak menghidupkan LTTE, militan Hindu, di bumi Malaysia setelah gagal menumpaskan kerajaan Buddhis di Sri Langka.

Malaysia negara Islam, dan anak pribumi majoriti orang Melayu/Bumiputera. Kaum lain perlu insaf di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jangan kurang ajar dan cuba mencabar kedaulatan raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam.

Sewajarnya Mahathir perlu tegas dan jangan memberi muka kepada anasir-anasir anti Melayu, anti Islam yang cuba menggugat keharmonian kaum dan perpaduan rakyat. Malangnya Mahathir lebih berminat mengembara seluruh dunia meraih pujian dan sanjungan, mendapat anugerah Ph.D kehormat, dan menjaja fantasi dunianya.

Hari ini umat Islam bangkit dari khayalan mereka memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair tercinta.

Mereka mahu memakmurkan bisnes orang Islam, membeli dan menjual produk-produk milik orang Islam. Ini wajar. Orang Islam berhak membeli barangan orang Islam kerana mereka tahu halal, dan mahu membantu sesama saudara Islam. Bukankah umat Islam itu bersaudara?

Nampaknya gerakan Melayu Islam membeli produk-produk Islam menimbulkan panik di kalangan saudagar-saudagar bukan Islam. Mereka protes. Mahathir pula turut memberi pandangan yang tidak menyenangkan umat Islam.

Dia seolah-olah tidak mahu umat Islam membantu sesama Islam membeli barangan orang Islam. Pelek bin hairan kenyataan PM yang berusia 94 tahun ini.

Hari ini orang Melayu menjadi hairan bin pelik. Apakah Mahathir sudah pelupa apa yang diperjuangkannya dulu memperkasakan hak kepentingan Melayu, Islam dan negara? Dulu dia mahu perpaduan Melayu dan mengakui perpecahan kalangan Melayu menyebabkan Melayu lemah.

Bukankah kenyataannnya menghina Melayu sebagai ‘malas’ dan berjiwa ‘tuan’ itu sebagai memecahbelahkan orang Melayu Islam? Mengapa songsang pendapatnya sekarang?.

Mahathir menyeru orang Melayu menyertai BERSATU kononnya untuk perpaduan Melayu Islam.

Maaf cakap dari berbagai kenyataan songsang beliau mengenai isu Zakir Naik, menentang menyokong mengutamakan produk-produk Islam, menyebabkan orang Melayu/Bumiputra hilang minat menyokong PH.

Banyak orang berpendapat sekiranya UMNO, PAS berjaya menyatukan perpaduan ummah dengan syarat menyingkirkan segala puaka yang menguasai kepimpinan parti maka, jangan terkejut beruk, pada PRU 15 UMNO/BN dan PAS akan menguasai Putrajaya kelak.

— BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here