Johor catat hartanah tak laku paling tinggi

0
586
Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

ISKANDAR PUTERI –  Johor memiliki hartanah tidak terjual tertinggi di negara ini yang melibatkan jumlah RM36.754 bilion pada suku pertama tahun ini.

Jumlah tersebut melibatkan sebanyak 51,459 buah kediaman.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, data berkenaan diperoleh daripada Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Hartanah yang paling tinggi tidak terjual adalah hartanah ‘small office home office’ (SOHO) dan pangsapuri perkhidmatan mewakili 58.55 peratus atau RM20.783 bilion, manakala kediaman mewakili 33.93 peratus atau RM10.95 bilion,” katanya menjawab soalan Cheo Yee How (PH-Perling) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar berkata, antara faktor yang menyumbang dalam isu hartanah kediaman tidak terjual di negeri ini adalah harga rumah yang tinggi termasuk untuk lot Bumiputera selain kesukaran atau kegagalan pemohon mendapatkan pinjaman daripada bank.

Justeru, bagi menangani atau mengurangkan jumlah rumah tidak terjual, kerajaan negeri bekerjasama dengan persatuan pemaju dan pihak pemaju perumahan sendiri perlu mengadakan kempen pemilikan rumah (HOC).

“HOC diadakan pada 26 April 2019 di KSL Mall, Johor Bahru dan kebiasaannya dalam HOC, diskaun harga akan diberikan termasuk pengecualian duti setem dan kos guaman,” katanya.

–BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here