Pekerja di Singapura turut dibuli – Kajian

0
407

SERIUS… Hampir seorang daripada setiap empat pekerja Singapura dakwa pernah dibuli atau diganggu di tempat kerja sepanjang tahun lalu, lapor portal berita popular tempatan TODAY.

Penemuan aneh tersebut berdasarkan satu kajian baharu yang diterbitkan semalam oleh sebuah firma data dan runding cara antarabangsa, Kantar melibatkan tinjauan di 14 buah negara.

Ia menyenaraikan Singapura di tempat kedua paling rendah bagi amalan inklusif di tempat kerja dan menarik perhatian bahawa 24 peratus pekerja republik itu dilaporkan dibuli tahun lalu.

Mexico berada di tempat terakhir manakala Kanada pula duduki tangga pertama. Tinjauan itu juga menunjukkan, pekerja di Singapura paling berasa tidak selesa dibuli oleh majikan.

Seramai 32 peratus berkata perkara itu pernah berlaku kepada diri mereka. Selain diskriminasi gender dan etnik, pemikiran, pilihan, perhatian dan keprihatinan mereka juga tidak diperakui.

Jika hal ini tidak ditangani, tingkah laku buli dan amalan tidak inklusif boleh bawa prestasi lemah, berhenti kerja dan dalam kes tertentu, menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pekerja.

Matlamat kajian itu, yang tinjau 18,000 orang dari 14 negara, adalah untuk bantu syarikat lebih memahami usaha mana dipergiatkan untuk wujudkan tempat kerja lebih inklusif dan saksama.

Sebanyak 44 peratus responden di Singapura mengatakan mereka terjejas oleh “tekanan dan kebimbangan” di tempat kerja iaitu lebih tinggi berbanding purata sejagat 39 peratus.

Sementara itu, 49 peratus responden juga berkata mereka merasakan syarikat seharusnya memberi mereka lebih sokongan ketika mereka sedang menangani keprihatinan kesihatan.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here