TERBONGKAR: Trump membuat perjanjian secara sulit dengan sekurang-kurangnya 5 pemimpin dunia.

1
261

MENURUT laporan terbaharu, satu aduan telah dibuat berikutan tindakan Presiden Amerika Donald Trump membuat perjanjian sulit dengan seorang pemimpin asing.

Portal berita thehill.com memetik pendedahan oleh satu sumber dalaman pentadbiran Trump yang mendakwa bahawa satu ‘janji’ dibuat semasa perbualan di antara Trump dan seorang pemimpin asing yang tidak dapat dipastikan.

Aduan difailkan pada 12 Ogos lalu dan rekod White House membuktikan bahawa Trump pernah bercakap atau berinteraksi dengan lima pemimpin negara lain sejak lima minggu lalu.

Mereka termasuk diktator Korea Kim Jong Un, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Presiden Rusia Vladimir Putin, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hama al-Thani dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Dakwaan tersebut berkemungkinan mencetuskan isu baharu berhubung dasar luar Trump dan juga akan membawa kepada perbahasan tentang sejauh mana kuasa presiden dan naib presiden AS sekarang.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. 45th P.O.T.U.S , Mr Trump adalah the most colourful and firebrand leader; the Americans ever had have…
    Secara peribadi, saya suka akan style diplomatic ala Trump dan business-minded of his Pasukan Pentadbiran..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here