DATUK Ir. Hasni Mohammad (tengah) dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Johor Bahru.

 

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) masih ‘berahsia’ calon dan parti mana yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr. Mohamed Farid Md. Rafik pada 21 September lalu.

Namun, BN menegaskan bahawa calon tersebut nanti adalah ‘anak tempatan’.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad yakin segala keputusan berkaitqn perkara itu akan dibuat kepimpinan parti sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman bila PRK akan diadakan.

Dalam pada itu, beliau percaya terdapat peningkatan peluang untuk BN menang, sekali gus komited menjayakan usaha tersebut dan meminta semua parti komponen perlu memperkukuhkan jentera masing-masing bagi menghadapi PRK itu.

“Itu saya boleh sahkan bahawa kita akan mempunyai calon tempatan, calon luar, Badan Perhubungan (UMNO) pun tak setuju, mesti calon tempatan.

“Kita pun tidak bincang berhubung spekulasi calon luar itu tapi kita buat ketetapan, calon mestilah anak tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini petang tadi.

Mengenai cadangan UMNO Bahagian Tanjung Piai yang mencalonkan Ketua Bahagiannya, Datuk Jefridin Atan, Hasni berkata, beliau mendengar permintaan daripada semua pihak kerana mereka mahu memenangi PRK itu dan dengan majoriti undi lebih besar.

Malah, UMNO Bahagian Tanjung Piai juga bersetuju bahawa ada langkah yang perlu diambil oleh Badan Perhubungan UMNO sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Hasni yqng jugq Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, peluang dan pertimbangan barisan kepimpinan di negeri ini perlu diambil kira selain melihat pelbagai aspek berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Kita melihat PRK Tanjung Piai dengan kesungguhan, meneliti semua aspek dengan mengambil kira daripada segi keadaan semasa, melihat kepada pertimbangan yang wajar kerana kita melihat peluang menang di sana amat cerah.

“Maka itu, kita bersetuju bahawa kita perlu mengambil kira semua aspek, perlu ada masa meningkatkan lagi peluang menang di Tanjung Piai,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here