Peguam Trump diarah hadap Kongres

0
228
FOTO: Rudy Giuliani/ Creative Commons

 

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

TIGA jawatankuasa Kongres Amerika semalam mengemukakan sepina terhadap peguam peribadi Donald Trump, Rudy Giuliani berhubung dokumen-dokumen dalam siasatan pemecatan presiden Amerika Syarikat itu.

Menurut CBS News, Jawatankuasa Perisikan yang diketuai oleh parti Demokrat, Jawatankuasa Penyelia dan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar mahukan kesemua mesej teks, rekod panggilan telefon dan lain-lain bentuk komunikasi berhubung perbualan telefon Trump bersama presiden Ukraine dikemukakan segera.

Perbualan telefon itu mendedahkan bagaimana Trump meminta Ukraine menyiasat bekas Naib Presiden Amerika Joe Biden dan anaknya, Hunter Biden.

Dalam surat kepada Guilani bertarikh Isnin, kesemua jawatankuasa itu menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan ke atas “dakwaan-dakwaan berasas” yang mengaitkan Giuliani sebagai ejen Presiden dalam komplot untuk kepentingan politik peribadi dan penyalahgunaan kuasa Presiden.

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here