Utusan Melayu lepaskan 70% kepentingan kepada Aurora Mulia

0
283
fotoBERNAMA

 

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) akan melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn.Bhd. kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.

Utusan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu,
Dilof merupakan anak syarikat 100 peratus miliknya yang kini merupakan pemegang permit menerbitkan dua akhbar berbahasa Melayu berpengaruh iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo.

Menurut kenyataan itu, pelepasan pegangan dalam Dilof itu untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana itu.

“Ini untuk memastikan Utusan yang berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo yang berusia 15 tahun dapat diteruskan.

“Utusan kini berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan dalam Dilof ini akan membolehkan suntikan kewangan daripada Aurora Mulia dan seterusnya memastikan penerbitan kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu memberitahu, Aurora Mulia yang dipercayai ada kaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary  dipilih kerana syarikat tersebut merupakan pemegang saham utama Media Prima Berhad.

Pelaburan ini juga bakal menyaksikan penggabungan jabatan-jabatan sokongan kepada penerbitan beberapa jenama akhbar utama di negara ini seperti percetakan, pengedaran dan pengiklanan.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here