KEDEGILAN syarikat penghantaran makanan Foodpanda mengundang padah apabila platform media sosial Twitter semakin meriah dengan hashtag menggesa supaya syarikat itu diboikot.
Orang ramai yang bersolidariti menyokong gesaan boikot setelah syarikat tersebut enggan berkompromi dan tegas mengatakan bahawa skim bayaran baharu akan kekal bagi penghantar di luar Lembah Klang hingga diberitahu kelak selepas jangka masa minimum empat minggu.
Menurut laporan The Star hari ini, dalam usaha untuk mempertahankan keputusan syarikat itu pengarah urusan Foodpanda Malaysia Sayantan Das mendakwa dapatan awal menunjukkan bahawa ramai penghantar sebenarnya menerima bayaran yang lebih baik di bawah skim baharu yang dilaksanakan pada 30 September.
Beliau berkata bertentangan dengan apa yang dilaporkan, skim baharu itu sebenarnya memberikan penghantar berprestasi tinggi peluang untuk mendapat bayaran hingga 50% lebih daripada sebelum ini.
Dalam pada itu penghantar yang berprestasi tidak berapa tinggi akan terdorong untuk bersaing dan turut meraih keuntungan.
Pelaksanaan skim pembayaran baharu Foodpanda telah mencetuskan kemarahan sesetengah penghantar yang melancarkan protes di beberapa negeri awal bulan ini.
#DeleteFoodPanda #UninstallFoodPanda #MogokFoodPanda pic.twitter.com/a5UW0ZhYKD
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) October 8, 2019
— Siggtanirrajim (@_siggplus) October 8, 2019
Done uninstall. “kalau kamu tak mahu kerja kami okay je” kalau rakyat uninstall mesti lagi okayyy kan ? @foodpanda_my #boycottfoodpanda pic.twitter.com/uU5xK042cA
— Mimut (@MimieJalal) October 8, 2019
KUASA PENGGUNA itu REAL!