Intipati penuh Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng

1
1273
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerima buku Belanjawan 2020 daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, selepas pembentangan Belanjawan 2020 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

 

BERTEMAKAN “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”, Belanjawan 2020 merupakan belanjawan negara kedua kerajaan Pakatan Harapan selepas membentuk kerajaan pada Mei 2018.

  • Jumlah peruntukan Belanjawan 2020 – RM297.02 bilion (turun 5.5%)
  • Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST.
  • Kerajaan akan menyediakan 100,000 peluang pekerjaan yang berkualiti dalam masa 5 tahun akan datang.
  • RM50 juta pembaikan jalan raya ke Pelabuhan klang melalui koridor logistik Klang, Serendah-Port Klang-Rail Bypass.
  • Harga jalur lebar dikurangkan 49% dengan purata kelajuan jalur lebar 3 kali ganda.
  • SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit untuk meningkatkan kesalinghubungan di kawasan pedalaman Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.
  • SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit.
  • Geran padanan 50% berjumlah sehingga RM5 ribu untuk meningkatkan pendigitalan operasi syarikat kecil dan sederhana Malaysia.
  • Geran padanan Automasi Pintar (sehingga RM2 juta) kepada 1,000 syarikat pembuatan dan 1,000 syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan.
  • 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti akan ditubuhkan di setiap negeri untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
  • Peruntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PKS.
  • Peruntukan dana RM300 juta untuk menyokong PKS yang berpotensi menjadi jaguh serantau. Untuk tujuan ini, keutamaan akan diberikan kepada pengeluar produk halal serta pengeluar produk dengan kandungan tempatan yang tinggi.
  • RM10 juta disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.
  • Mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan, kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM20 juta.
  • Kerajaan sedia pinjaman RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
  • Kerajaan melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM550 juta untuk pekebun kecil tanpa cagaran pada kadar faedah 2% setahun. Tempoh pinjaman adalah selama 12 tahun termasuk tempoh moratorium selama empat tahun ke atas pembayaran balik.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
  • Kerajaan akan menyediakan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM810 juta khususnya untuk kebajikan masyarakat Felda.
  • Elaun Sara Hidup Nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada 2020.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi yang dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani.
  • Dalam usaha membantu petani, nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
  • Kerajaan akan meningkatkan peruntukan input padi sebanyak RM855 juta bagi 2020 berbanding RM796 juta pada 2019 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).
  • Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja ([email protected]) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
  • Bagi memenuhi hasrat VMY2020, RM1.1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di mana RM90 juta dikhaskan untuk meningkatkan kesedaran, promosi dan program sempena kempen VMY2020.
  • ([email protected]) direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan. Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.
  • Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak
    RM500 sebulan, manakala majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama. Sebagai tambahan, pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.
  • Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan.
  • Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi Taska terutamanya di hospital dan sekolah.
  • Permohonan e-visa diperkenalkan kepada 10 negara, termasuk China dan India. Bagi memudahcara proses pengeluaran visa, ejen pelancongan berlesen di bawah Motac dibenarkan menghantar permohonan secara berkelompok sehingga 100 orang setiap transaksi melalui sistem eNTRI dan eVISA.
  • Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja ([email protected]) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
  • #GraduanKerja direka untuk pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan, terima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan.
  • Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke Taska dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1 ribu kepada RM2 ribu.
  • Bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada 2020.
  • KWSP akan dijalankan secara sukarela bagi pekerja dalam industri seni dan hiburan melalui kerjasama antara KWSP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diperluaskan bagi membolehkan caruman oleh 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020, seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian.
  • Program i-Suri akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11% carumannya ke dalam akaun KWSP isterinya.
  • Kerajaan juga bercadang untuk memanjangkan manfaat di bawah i-Suri melalui perlindungan keselamatan sosial di bawah Perkeso. Peruntukan sebanyak RM20 juta akan disediakan pada tahun depan kepada Perkeso bagi tujuan ini.
  • Kementerian Pendidikan terus menjadi penerima peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion pada 2019 kepada RM64.1 bilion pada 2020.
  • Kerajaan akan memberi tumpuan kepada membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783 juta pada tahun 2020, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • Kerajaan akan membina beberapa sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru.
  • Kerajaan teliti semula Akta Kerja 1955 termasuk tingkat tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari mulai 2021.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah Mara dan sebanyak RM2 bilion bagi membiayai pinjaman untuk 50 ribu pelajar.
  • Kira-kira RM587 juta akan diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar, di mana RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih.
  • Kerajaan akan membelanjakan RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30 ribu isi rumah luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di Sabah dan Sarawak.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk BSH dan memperluaskan skim ini meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan.
  • Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.
  • Sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan untuk Anjung Singgah yang memanfaatkan tujuh ribu gelandangan.
  • Peruntukan sebanyak RM57 juta akan diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menyediakan kebajikan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli.
  • Kerajaan akan memperuntukkan geran sebanyak RM100 juta kepada Unit Transformasi India Malaysia (Mitra), di mana 80% dikhususkan kepada program yang dilaksanakan dan bukannya kepada organisasi tertentu.
  • RM6.6 bilion diperuntukkan kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Mara dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah Tekun Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan Teraju.
  • Kerajaan akan menaikkan elaun guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru Kafa sedia ada dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.
  • Kerajaan mencadangkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal (muazzin), tok siak/noja/merbot (penjaga masjid) dan guru takmir.
  • RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters.
  • Peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.
  • RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO.
  • RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli mendapatkan rawatan perubatan.
  • Bagi mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal, mereka akan menerima bayaran tunai sebanyak RM8 ribu menerusi MySalam.
  • Mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan, boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Semua penerima isi rumah BSH yang berumur antara 18 hingga 55 tahun dilindungi secara automatik.
  • Rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.
  • Pengenalan caj kesesakan di mana caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak, akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi.
  • Bagi menyeragamkan kadar tol antara Jambatan pertama dan dedua, kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.
  • Setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.
  • Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal.
  • Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter dan tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter.
  • Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.
  • Pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30% atau RM3 bilion. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk membaik pulih perumahan tersebut bagi memastikan perkhidmatan lif, pendawaian elektrik, paip pembetungan dan bumbung adalah selamat dan berada dalam keadaan baik.
  • RM45 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara berbanding dengan RM15 juta pada
  • Bagi mengurangkan kejadian banjir kilat, Kerajaan akan memperuntukkan RM443.9 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir dan RM150 juta untuk menyelenggara pengurusan kolam takungan banjir sedia ada.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta ringgit untuk pembangunan atlet wanita.
  • Kementerian Pertahanan daripada RM13.9 bilion dalam 2019 kepada RM15.6 bilion untuk 2020.
  • Kerajaan peruntuk RM2.2 bilion bagi skim PSP, beri manfaat kira-kira lapan juta pemandu. Kenderaan mewah tidak layak terima subsidi bersasar PSP.
  • Kadar Bantuan Sara Hidup (Cola) dinaikkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.
  • Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
  • Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai.
  • Cukai Perkhidmatan Digital akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020 yang melibatkan perkhidmatan seperti muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan digital.
  • Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.
  • Kerajaan akan mencadangkan penalti mandatori minimum sebanyak RM100 ribu untuk penjudi haram, dan hukuman penjara mandatori minimum enam bulan.
  • Kerajaan akan menambah 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020. Selain itu, Kerajaan akan mengukuhkan Unit Integriti di semua kementerian dan agensi memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menjalankan Ujian Penilaian Risiko di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menambah baik prosedur dan kemudahan tahanan, khususnya pemasangan 11,500 kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.
  • Anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak
    RM35 juta bagi 2020.
  • Bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Tahun 2020 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan menjadi tahun asas kepada penetapan hala tuju RMK12 (2021-2025).

http://bit.do/fcueJ
Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Teori dan perancangan memang indah belaka. KAMI akan adili dari Pelaksanaan/implementasi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here