4 orang ditangkap mengendalikan Grup Telegram lucah ‘SG Nasi Lemak’

0
5103
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

SINGAPURA – Empat orang ditangkap kerana terbabit dalam grup chat Telegram “SG Nasi Lemak”.

Menurut polis dalam satu kenyataan mereka yang berumur antara 17 hingga 37 tahun itu disyaki mempunyai kaitan dalam pengedaran bahan-bahan lucah dan promosikan kegiatan maksiat melalui grup tersebut.

Portal berita CNA berkata pihak polis telah menerima beberapa laporan terhadap grup berkenaan antara 15 Mac dan 3 Oktober 2019 berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Siasatan yang dijalankan oleh Divisyen Polis Ang Mo Kio telah mengesahkan identiti mereka yang menjalankan operasi tersebut dan seterusnya tangkapan dilakukan di beberapa lokasi di sekitar republik pada 14 Oktober.

Siasatan lanjut juga mendapati grup chat itu dikendalikan oleh dua lelaki, masing-masing berumur 21 dan 37 tahun, sementara dua lagi yang berumur 17 dan 19 tahun menjalankan operasi menyebar bahan-bahan lucah.

Grup chat yang kini tidak lagi beroperasi itu dipercayai mempunyai berpuluh ribu pengikut, dengan antaranya turut berkongsi foto dan video lucah wanita.

Kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini bersabit tuduhan berkonspirasi melakukan pengedaran bahan-bahan lucah.

Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjarakan maksimum tiga bulan, didenda atau kedua-duanya.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here