Kenyataan media KPM: Isu debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak

1
797

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memberikan maklum balas berkaitan isu tajuk debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban Negeri Sembilan yang telah tular di media sosial sejak semalam dan turut mendapat liputan sebuah akhbar tempatan.

Hasil siasatan mendapati Ketua Juri selaku panel pemilih usul tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapati pandangan awal daripada pihak SDAR berkaitan dengan usul tajuk debat.

SDAR turut memaklumkan bahawa panduan Standard Operating Procedure (SOP) perdebatan telah diperjelaskan kepada Ketua Juri agar pemilihan tajuk debat tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, kaum, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara.

Justeru pihak KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) juga sedang meneliti agar tindakan tatatertib diambil terhadap penganjur acara iaitu Mohammad Aidil bin Ali dan Iyad Zakiy Amal yang merupakan pelajar UiTM.

KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan secara sengaja atau tidak dalam menganjurkan program-program yang boleh mengganggu keamanan antara kaum dan agama.

 

DATUK DR. AMIN SENIN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
15 Oktober 2019
Please follow and like us:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here