Black Wings bersama anaknya, Muhammad Khalis, Suraya dan anak bungsu, Muhammad Khairi.
  • (GAMBAR ATAS) Black Wings bersama anaknya, Muhammad Khalis, Suraya dan anak bungsu, Muhammad Khairi.

 

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

WALAUPUN hubungan percintaannya dengan Suraya Tawi, 50, mengambil masa enam tahun untuk menemui titik noktah, namun Black Wings tetap bersyukur kerana pada 1997 mereka diijabkabulkan dan kini merupakan menantu kesayangan, Kamisah Abdullah.

Suraya atau lebih mesra dengan panggilan Su mula berkenalan dengan Black Wings melalui abang kawan baiknya pada 1991. Ketika itu, Suraya, anak bungsu daripada tiga beradik masih belajar di Kolej RIMA dalam bidang Kesetiausahaan.

“Sejak itulah Su berkawan dengan Abang (panggilan untuk Black) sehingga dah bekerja kerana Abang adalah seorang lelaki yang sopan dan ‘caring’ membuatkan Su selesa berkawan dengan Abang,” cerita Su.

Walaupun telah berkawan dan mengenali hati budi Black, namun Su hanya menerima pelawaan untuk ‘berdating’ dengan Black setelah lima tahun hubungan mereka.

“Abang ajak Su menonton wayang. Mengenali hati budi dan peribadinya yang baik, Su terima pelawaan Abang. Tapi… jangan tanya title filem dan pawagam mana sebab kami bukan kaki wayang,” kata Su.

BLACK WINGS @ Azmi Hashim dan Suraya Tawi pada hari perkahwinan mereka pada 1997.

Setelah enam tahun ‘berkawan’ akhirnya Su bersedia menerima lamaran Black untuk menjadi isterinya yang sah. Pasangan ini dinikahkan pada 28 Februari 1997.

Bagi Su, melihat Black di pentas dan mengenalinya secara peribadi ia amat berbeza, apalagi ketika itu bukan sahaja Awie malah semua ahli Wings menjadi kegilaan segelintir gadis remaja yang sukakan lagu-lagu rock.

“Walaupun di pentas Abang adalah ‘somebody’, berkarisma dan mempunyai ego tersendiri tetapi mengenali hati budinya, Abang seorang yang merendah diri dan sangat menghormati orang sekeliling. Itulah yang memikat hati Su.

“Setelah berkahwin, Abang bukan sahaja disayangi keluarga, ipar duai dan anak sedara Su malah Abang menjadi kawan baik dan antara menantu kesayangan mak,” cerita Suraya.

Disebabkan itulah, Black menerima cadangan Suraya untuk berpindah ke Bachang, Melaka kerana mudah untuk berjumpa ibu mertuanya yang menetap di Merlimau, meskipun terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur jika ada latihan sebelum konsert.

Black yang pernah dianugerahkan Pemain Dram Terbaik pada Anugerah Muzik di Singapura pada 1988 dan 1989, yang sejak tadi mendengar perbualan saya dan isterinya, Su yang dipanggil ‘Darling’ mencelah dan berkata:

BLACK Wings bersama ibu mertuanya, Kamisah Abdullah.

“Saya amat bersyukur dengan kebahagiaan anugerah Allah ini. Bukan senang hidup berumah tangga ni sebab ada pasang surutnya kerana sedangkan lidah lagi tergigit.

“Alhamdulillah, Darling saya seorang isteri yang amat baik dan memahami dunia artis. Semoga kebahagiaan ini kekal abadi.”

Kini pasangan bahagia ini mempunyai dua orang anak, Muhammad Khalis, 21, menuntut dalam jurusan Kejuteraan Marin di Universiti KL di Lumut, Perak dan Muhammad Khairin, 20, belajar di Institiut Kemahiran Mara dalam bidang Pengimpalan.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here