Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KERAJAAN Mesir menyambut baik penemuan lebih daripada 20 peti atau keranda kuno oleh sekumpulan ahli arkeologi yang disifatkan sebagai salah satu penemuan terbesar dan penting.

Keranda-keranda itu ditemukan di Assasif, sebuah kawasan pekuburan di tepi barat Sungai Nil, lapor The Washington Post.

Dalam Twitternya, Kementerian Kaji Purba Mesir mengatakan keranda itu masih dalam keadaan utuh dengan ukiran asli masih terlihat jelas.

Menurut pegawai kerajaan Mesir, keranda berkenaan masih belum dapat dipastikan berasal dari zaman mana tetapi ditemukan di bekas tapak wilayah kota kuno Thebes.

Thebes merupakan ibu kota kerajaan kuno Mesir. Bangunan-bangunan sejarah peninggalan Kerajaan Mesir kuno boleh dikesan hingga dinasti ke-11, yang berlangsung antara 2081-1939 Sebelum Masehi.

Mesir sedang giat melakukan pencarian arkeologi barang-barang purbakala, termasuk di Lembah Maharaja (Valley of the Kings) yang menjadi tempat pemakaman utama para Raja Mesir dari dinasti ke-18-20.

Misi arkeologi telah berlangsung di Valley of the Kings sejak Disember 2017.

Minggu lalu, Kementerian Arkeologi Mesir mengumumkan bahawa sekumpulan ahli kaji puba telah menemukan 30 bengkel yang dahulu digunakan untuk membuat perabot dan keperluan pemakaman raja-raja di wilayah tersebut.

Turut ditemukan tempat pembakaran untuk menghasilkan bahan tembikar dan logam. Tempat-tempat tersebut disebut berasal dari tahun 1539 hingga 1292 Sebelum Masehi.

Kementerian Arkeologi Mesir juga berkata, pihaknya sedang mencari makam Ratu Nefertiti dan puterinya yang merupakan istri Raja Tutankhamen.

Pencarian juga sedang dilakukan pemakaman tiga Raja Mesir besar iaitu Ramses VIII, Raja Thutmose II, dan Raja Amenhotep di Lembah Queens.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here