Ibu bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan meninggal dunia

0
326

IBU kepada bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam semalam (18 Januari).

Mereyah @ Besah Man, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di rumah anak tunggalnya itu di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Menurut Hassan, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung halamannya di Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pagi ini (19 Januari).

Hassan yang terkenal dengan kolum mingguan Selak di akhbar Utusan Malaysia kini menyumbang penulisan itu kepada BebasNews.

— UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ibu-bekas-penolong-ketua-pengarang-kumpulan-utusan-meninggal-dunia-1.825403#ixzz5d0fvpvSR

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here