[VIDEO] Amelina akui lagu Janda Anak Enam kisahnya

0
621

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PENYANYI dangdut Amelina, 45, mengakui bahawa lagu Janda Anak Enam ciptaan komposer Kucing Manja adalah kisah tentang dirinya.

Amelina memberitahu dia yang meminta Kucing Manja iaitu adik kepada penyanyi Iwan agar menghasilkan lagu tentang dirinya.

Tambahnya, lagu tersebut juga dibuat khas untuk mewakili nasib janda-janda di Malaysia yang senasib dengannya.

“Sebenarnya lagu berkisar diri saya ini, memang saya tujukan secara sinis kepada lelaki-lelaki di luar sana yang telah menceraikan isteri mereka dan wanita-wanita lain di luar sana yang senasib dengan saya.

“Saya mewakili ibu-ibu tunggal di luar sana mahu membuktikan bahawa kami mampu hidup biarpun tanpa lelaki di sisi,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Kelang, Selangor semalam (20 Januari).

Tegas Amrlina, lagu Janda Anak Enam itu turut mendapat sokongan daripada para peminat yang senasib dengannya.

Selain itu tambah Amelina, lagu yang telah dimuat naik dalam saluran YouTube sejak Disember lalu dan mendapat tontonan 158,000 itu juga merupakan kesinambungan daripada lagu Anak Dara yang dinyanyikannya 20 tahun lalu sewaktu berstatus anak dara.

Amelina yang telah bercerai dengan bekas suami, pada 2014 berharap lagu tersebut dapat dijadikan inspirasi kepada wanita senasib agar tidak mudah putus asa.

Ibu kepada enam orang anak, Puteri Nur Athirah, 18; Putera Al Affiq, 17; Putera Al Asyraff, 16; Puteri Nur Asyurah, 14; Putera Al Arffa, 12; dan Putera Al Amzar, 9, itu berkata, sebagai ibu tunggal hidup mesti diteruskan demi anak-anak.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here