Kerjasama strategik ini akan meningkatkan akses perkhidmatan TH dari lebih 6,000 rangkaian perkhidmatan ‘touch points’ kepada lebih 9,000 ‘touch points’ seluruh negara.

PELANGGAN CIMB kini dapat melaksanakan perkhidmatan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di lebih 2,900 rangkaian terminal layan diri (ATM) CIMB seluruh negara.

Penyertaan terkini CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) sebagai Rakan Strategik TH itu turut memberikan kemudahan kepada lebih sembilan juta pendeposit TH.

Mengumumkan perkara itu hari ini (22 Januari), Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata: “Kerjasama strategik ini akan meningkatkan akses perkhidmatan TH dari lebih 6,000 rangkaian perkhidmatan ‘touch points’ kepada lebih 9,000 ‘touch points’ seluruh negara.”

Melalui kerjasama strategik ini, pendeposit TH dapat melaksanakan transaksi berkaitan TH seperti pengeluaran wang tunai, simpanan wang tunai, pindahan wang dari akaun TH ke akaun CIMB dan sebaliknya, pendaftaran dan pembatalan ‘link’ kad ATM CIMB ke akaun TH, serta pertanyaan baki simpanan.

“Penggunaan saluran elektronik dengan konsep ‘layan diri’ (‘self-service’) ini boleh diakses dengan mudah, serta bilangan pendeposit yang menggunakan kemudahan tersebut juga semakin meningkat,” tambah Zukri dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkhidmatan ini secara keseluruhannya boleh diakses oleh pelanggan-pelanggan CIMB, tidak kira sama ada mereka mempunyai akaun CIMB Bank atau CIMB Islamic.

“Saya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana kerjasama ini dapat disempurnakan untuk kemudahan para pelanggan CIMB dan TH.

“Kerjasama strategik yang memberikan nilai tambah kepada para pelanggan kami mencerminkan fokus CIMB dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan selari dengan teras “pengalaman pelanggan” (‘customer experience’) yang menawarkan servis yang cekap dan mudah,” tegas Tengku Zafrul dalam kenyataan yang sama.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here