Penutupan lorong masuk di Plaza Tol Seafield

0
480

PETALING JAYA – Bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan berjadual dilaksanakan, PLUS akan menutup lorong masuk paling kiri (lorong 5-meter bagi kenderaan berat) di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula 25 November 2019 sehingga 9 Disember 2019.

Sehubungan itu, kenderaan berat yang melebihi had kelebaran 2.5 meter yang datang dari Lebuh raya KESAS, dinasihatkan supaya menggunakan Plaza Tol USJ untuk memasuki Lebuh raya ELITE pada tempoh tersebut.

Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here