FOTO: Creative Commons.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

IA mungkin sesuatu yang tidak penting, tetapi pasir kini merupakan sumber semula jadi kedua paling berharga di dunia.

Di Afrika Selatan, seorang usahawan ditembak mati September lalu. Di India, dua orang kampung terbunuh dalam satu pertempuran pada Ogos dan di Mexico seorang aktivis alam sekitar dibunuh pada Jun, lapor BBC.

Walaupun ketiga-tiga kes ini dipisahkan sejauh beribu batu, namun puncanya adalah sama sahaja dan merupakan rentetan terbaharu dalam keganasan bersabit perebutan hak untuk mendapatkan bekalan pasir.

Walaupun masih dianggap remeh, pasir adalah merupakan keperluan hidup yang penting sekarang ini. Ia diperlukan untuk membina bangunan, jalan raya, kaca tingkap, skrin telefon pintar, cip silikon dalam telefon, komputer dan pada hampir semua perkakasan elektronik yang kita gunakan di rumah.

Tapi, apa masalahnya memandangkan planet ini dipenuhi dengan pasir sejak daripada mula – di Gurun Sahara, di Mongolia, di Australia, di India dan di banyak lagi negara.

Satu kajian mendapati bahawa sebanyak 50 bilion tan pasir digunakan untuk pembinaan setiap tahun.

Masalahnya, bukan semua jenis pasir sesuai untuk digunakan. Pasir dari gurun pasir tidak mempunyai nilai disebabkan bentuk yang tidak sesuai. Yang sesuai adalah pasir yang dilombong dari tasik dan pantai.

Permintaan yang tinggi kini menjadi punca hakisan yang hampir tidak terbendung, dan keadaan menjadi lebih sulit dan berbahaya apabila sindiket-sindiket jenayah mengambil bahagian untuk memperniagakan pasir di pasaran gelap tanpa menghiraukan risiko kepada alam sekitar.

Singapura antara contoh di mana permintaan pasir begitu utama kerana negara pulau itu dianggap terpaksa meluaskan wilayahnya dengan cara melakukan penambakan laut.

Maka itu, bagi mengelakkan kemusnahan teruk kepada alam sekitar, negara-negara jiran seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan kemboja telah mengenakan kawalan ketat ke atas eksport pasir di republik tersebut.

Dalam usaha untuk menghadkan kemusnahan alam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan  Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) telah digesa supaya lebih serius bertindak.

Setakat ini tiada siapa pun tahu banyak mana pasir dilombong dari bumi, di mana dan dalam keadaan apa kerana sebahagian besar daripada aktiviti tersebut tidak direkodkan secara rasmi.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here