Kereta meletup kerana sembur terlalu banyak penyegar udara

0
582
FOTO: Bomba West Yorkshire, England.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

Tindakan seorang pemandu menyalakan rokok dalam kereta yang baharu di sembur penyegar udara telah menyebabkan letupan kuat.

Menurut penyiasat pasukan bomba dan penyelamat, pemandu itu didapati telah menyembur terlalu banyak penyegar udara.

Gas daripada semburan yang meletup menyebabkan cermin tingkap depan pecah dan pintu kemek, sementara si pemandu pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut polis, kejadian yang berlaku di Halifax, England pada Sabtu lalu itu boleh menjadi lebih serius dan orang ramai diingatkan supaya mematuhi nasihat keselamatan.

Menurut bbc.com pemandu tersebut berada di dalam kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat apabila letupan berlaku.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here