Bongkah lemak gergasi berat 100 tan dikeluarkan dari saluran kumbahan London

0
533
FOTO: Thames Water, London.

Oleh FETTY RARA

DUA bongkah lemak seberat lapan bas dua tingkat berjaya dikeluarkan dari saluran kumbahan di pusat bandar raya London baru-baru ini.

Sekumpulan jurutera yang dilengkapi alat gerudi berkuasa tinggi ditugaskan untuk memecahkan bongkah lemak berminyak seberat 103 tan itu bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat menjelang cuti Krismas minggu depan.

Pihak berkuasa air London, Thames Water berkata sebuah bongkah seberat 63 tan termasuk beberapa tan konkrit berjaya dikeluarkan daripada bahagian bawah kawasan Pall Mall yang terletak berhampiran istana Buckingham Palace.

Satu lagi bongkah lemak dan minyak beku berukuran 70 meter pula dikeluarkan daripada saluran kumbahan di bawah Cathedral Street, berhampiran London Bridge.

Kedua-dua bongkah gergasi itu dikesan telah menyebabkan longkang tersumbat dan hanya menunggu masa untuk menyebabkan banjir air sisa ke bangunan-bangunan di sekitar bandar raya London pada musim cuti nanti, lapor akhbar The Independent hari ini.

Bongkah terbentuk apabila sisa lemak dan minyak dibuang ke dalam singki dan longkang, dan kemudian melekat pada objek-objek yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam lubang tandas, seperti tisu basah, lampin bayi dan lain-lain.

Menurut Thames Water apa yang berlaku itu perlu menjadi peringatan penting kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila membuang sisa lemak dan minyak.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here